Cari:
Polis Bangkok Tingkatkan Kawalan
2016-10-11 15:21:47 CRI Cetak

Polis Thailand pada Selasa berkata mereka kini meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan mercu tanda utama di Bangkok, lapangan terbang dan wilayah-wilayah sekitar susulan laporan mengenai rancangan pengeboman.

Laporan tersebut hadir selepas beberapa minggu insiden pengeboman di selatan negara itu.

Menurut Ketua Majlis Keselamatan Nasional Thailand, Thawip Netniyom, kumpulan bersenjata dilaporkan sedang merancang serangan bom kenderaan di wilayah berdekatan Bangkok. Timbalan Perdana Menteri juga telah mengarahkan agensi-agensi keselamatan untuk menjejak dan memantau sebarang perkara yang luar biasa termasuk perancangan penyerang yang memasang bom pada kenderaan.

Tambah Thawip, kumpulan itu menjadikan Bangkok sebagai sasaran untuk mencetuskan impak.

Negara Gajah Putih itu telah menyaksikan beberapa insiden serangan bom di wilayah selatan beberapa minggu lalu, yang mengorbankan empat warga Thai dan mencederakan ramai lagi termasuk pelancong asing.

Pihak polis mengaitkan insiden serangan dengan puak pemisah yang berpangkalan di wilayah selatan Thailand.

Thawip berkata, pihaknya tidak jelas sama ada rancangan pengeboman dengan kenderaan di Bangkok itu ada kaitan dengan serangan pada Ogos lalu di selatan.

Industri pelancongan Thailand sejak lebih sedekad lalu sering diuji dengan beberapa kekacauan dalam negara termasuk dua kali rampasan kuasa tentera dan siri pengeboman.

(sumber Astro Awani)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China