Cari:
Forum Ekonomi dan Perdagangan China-Myanmar
2016-11-12 14:13:35 CRI Cetak

Delegasi Dewan Promosi Kerjasama Selatan-Selatan China (CPSSC) dan perwakilan dari Persekutuan Industri dan Perdagangan Myanmar (UMFCCI) mengadakan forum di Yangon semalam untuk membincangkan hal ehwal tentang syarikat China melabur di negara itu.

Delegasi China kali ini terdiri daripada perwakilan dari 22 syarikat yang melibatkan bidang pembinaan infrastruktur, pembuatan kelengkapan hidroelektrik, perbankan dan syarikat pelabur.

Ketua delegasi itu, Lv Xinhua berkata, Myanmar sejak sekian lama merupakan negara jiran yang berhubungan baik dengan China. Kerajaan baharu Myanmar telah kerap kali menegaskan untuk mempertahankan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara. Selain itu, Myanmar mengalu-alukan pelaburan dari China.

China menjadi rakan dagang yang terbesar bagi Myanmar pada masa ini. Tint Swai, Ketua Pegawai Ekskutif UMFCCI berkata, infrastruktur, telekomunikasi, sumber tenaga, tenaga elektrik, perlombongan dan pertanian di negara itu memerlukan pelaburan dalam jumlah yang besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China