Cari:
Rundingan Diplomasi dan Pertahanan China-Myanmar
2016-11-26 15:09:47 CRI Cetak

Sesi pertama Rundingan Peringkat Tinggi "2+2" mengenai Diplomasi dan Pertahanan China-Myanmar diadakan di Naypyidaw semalam.

Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin dan Naib Ketua Turus Suruhanjaya Tentera Pusat, Xu Fenlin serta pegawai kanan Myanmar yang berkenaan bersama-sama mempengerusikan rundingan tersebut.

Kedua-dua pihak sepakat bahawa China dan Myanmar merupakan jiran bersahabat dan perkongsian kerjasama strategik komprehensif antara kedua-dua negara berkembang baik.

China dan Myanmar komited untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di kawasan sempadan. China menggesa pihak-pihak yang terlibat berusaha bersama-sama untuk meredakan ketegangan di utara Myanmar dengan segera bagi memulihkan kestabilan di kawasan sempadan.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan sesi kedua rundingan tersebut di China pada tahun hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China