Cari:
China, Thailand Tingkatkan Kerjasama
2016-12-10 14:53:55 CRI Cetak

Sidang ke-5 Jawatankuasa Bersama Kerjasama Perdagangan, Pelaburan dan Ekonomi China-Thailand diadakan di Beijing semalam.

Ahli Dewan Negara China, Wang Yong dan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak bersama-sama mempengerusikan sidang tersebut, yang bertujuan untuk melaksanakan kata sepakat antara pemimpin kedua-dua negara, memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang serta menggalakkan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Wang berkata, kerjasama antara kedua-dua negara mempunyai prospek cerah. Beliau mencadangkan agar kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara dalam bidang pelancongan, kewangan dan integrasi ekonomi dipertingkat.

Somkid pula berkata, pihaknya menyokong dan bersedia menyertai pembinaan B&R, selain mengintensifkan kerjasama dengan China dalam bidang infrastruktur, Tenologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), sains dan teknologi serta sumber tenaga.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China