Cari:
Syarikat Arang Batu Thai Buka Cawangan di China
2017-03-10 14:30:56 CRI Cetak

Syarikat perniagaan arang batu yang terbesar di Thailand, Banpu telah menandatangani perjanjian kerjasama strategi dengan Kumpulan Pelabuhan Teluk Beibu Guangxi China untuk menjadikan Teluk Beibu sebagai pusat penjualan arang batu Syarikat Banpu di China.

Selain itu, kedua-dua pihak akan bersama-sama meneroka pasaran arang batu di ASEAN.

Menurut perjanjian itu, kedua-dua pihak bakal mengadakan pertukaran dalam pelbagai urus niaga, membina pusat arang batu di bandar Fangchengang serta bersama-sama meneroka kerjasama ekonomi antarabangsa bagi melaksanakan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China