Jabatan Pelancongan Negara Thailand di Kunming, provinsi Yunnan, China semalam mengadakan aktiviti untuk mempromosi pakej pelancongan yang berkualiti kepada pelancong China.
Langkah tersebut bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pelancong China terhadap sektor pelancongan Thailand.
Pakej-pakej tersebut mempamerkan kebudayaan, pemandangan, makanan dan keunikan Thailand kepada pelancong China.
Sejak setengah tahun kedua tahun lalu, pihak berkuasa Thailand komited untuk membanteras pakej pelancongan yang tidak berpatutan, mengetatkan peraturan sektor pelancongan, meningkatkan standard dan membaiki kemudahan.
Kerajaan kedua-dua pihak juga giat memperkasakan kerjasama dalam bidang tersebut.