Sebanyak 11 guru dan pelajar dari Thailand mengadakan aktiviti kem musim panas di Kolej Teknologi Vokasional Rel Liuzhou, Wilayah Autonomi Guangxi yang berpenduduk Zhuang , China semalam.
Melalui aktiviti tersebut, mereka dapat menghayati dan mempelajari budaya dan ilmu mengenai kereta api berkelajuan tinggi (HSR) di China.
Pegawai kolej itu, Liang Jiang memaklumkan, seiring dengan pembinaan landasan kereta api China-Laos, China-Thailand dan Jakarta-Bandung, rombongan dari lebih 20 universiti di Indonesia, Laos dan Thailand telah melawat dan mengadakan pertukaran di kolej tersebut.
Selain itu, kolej itu juga menyediakan latihan kepada tenaga kerja profesional dalam bidang pembinaan landasan kereta api untuk enam universiti dari ketiga-tiga negara tersebut.