Cari:
Jack Ma, Penasihat E-niaga Kerajaan Indonesia
2017-08-30 12:58:43 CRI Cetak

Pengasas Kumpulan Alibaba, Ma Yun atau Jack Ma telah bersetuju untuk menyandang jawatan penasihat e-niaga kerajaan Indonesia.

Beliau akan membantu kerajaan Joko Widodo (Jokowi) mengembangkan e-niaga dan syarikat kecil dan sederhana (PKS) di negara itu.

Menurut laporan Jakarta Post, Menteri Penyelarasan Ekonomi Indonesia, Darmin Nasution dan Menteri Maklumat dan Komunikasi Indonesia, Rudiantara telah datang ke Beijing untuk menyerahkan surat undangan rasmi kepada Jack Ma baru-baru ini.

Rudiantara dalam satu kenyataan berkata, Jack Ma akan menyandang jawatan itu dengan namanya sendiri, tetapi bukan syarikat Alibaba. Kerajaan Indonesia dan Jack Ma berpendapat bahawa kemudahan asas maklumat dan komunikasi serta sistem pembayaran amat penting bagi pembangunan negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China