Cari:
China, Thailand Komited Kukuh Perkongsian Kerjasama
2017-09-09 16:04:18 CRI Cetak

Naib Presiden China, Li Yuanchao mengadakan pertemuan dengan Puteri Thailand, Bajrakitiyabha Mahidol di Beijing semalam.

Li berkata, China dan Thailand sedang berganding bahu memperkasakan kerjasama dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Kedua-dua negara kini mempunyai peluang penting untuk mengembangkan hubungan bilateral.

China bersedia bersama-sama Thailand meningkatkan persahabatan dan kerjasama pragmatik untuk memperkukuh perkongsian kerjasama strategik komprehensif.

Puteri Bajrakitiyabha Mahidol pula bertitah, kerjasama antara Thailand dengan China dalam pelbagai bidang amat erat, manakala ikatan persahabatan di kalangan rakyat kukuh. Kerjasama di bawah inisiatif B&R diyakini akan memantapkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China