Cari:
Indonesia Akan Sambut Kedatangan Panda Gergasi China
2017-09-23 15:15:45 CRI Cetak

Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia semalam mengumumkan, dua ekor panda gergasi dari China, iaitu Caitao dan Huchun akan tiba di Jakarta pada 28 September nanti. Satu upacara akan diadakan di lapangan terbang untuk menyambut kedatangan dua panda itu.

Kuasa Usaha keduataan besar China ke Indonesia, Sun Weide berkata, kedua-dua ekor panda itu merupakan utusan persahabatan dan simbol persahabatan. Mereka diharap dapat membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada rakyat Indonesia serta meningkatkan hubungan persahabatan rakyat kedua-dua negara.

Difahamkan, kedua-dua panda yang berasal dari Ya'an itu masing-masing berusia tujuh tahun. Mereka akan ditempatkan di zoo Jakarta.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China