Cari:
Wang Yi Temui Retno Marsudi
2017-09-21 12:21:54 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi bertemu dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Retno Marsudi ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York Selasa lalu.

Kedua-dua menteri telah bertukar-tukar pendapat tentang hubungan bilateral dan situasi semasa di wilayah Rakhine, Myanmar.

Wang Yi berkata, pihaknya mengecam insiden keganasan yang berlaku di Rakhine baru-baru ini, di samping itu usaha kerajaan Myanmar untuk memelihara kestabilan masyarakat perlu disokong. China bersedia bersama-sama masyarakat antarabangsa membantu menyelesaikan krisis di wilayah itu.

Retno Marsudi pula berkata, sebagai negara Islam yang terbesar, Indonesia amat prihatin terhadap situasi di Rakhine. Pihaknya bersedia memainkan peranan untuk mencegah situasi bertambah buruk dan mencari cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China