Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan siri mesyuarat berkaitan bakal diadakan di Manila pada pertengahan bulan ini. Badan-badan berkenaan di Filipina telah meningkatkan kesiagaan untuk menjamin keselamatan pada tempoh persidangan itu.
Satu upacara untuk melancarkan gerakan bersama pasukan tentera, polis, bomba, penyelamat dan jabatan pengangkutan telah diadakan semalam dengan penglibatan kira-kira 60 ribu anggota dan pegawai.
Pemangku Setiausaha Dalam Negeri, Catalino Cuy menyatakan, selain menempatkan pengawal keselamatan, pihaknya akan menggunakan peranti pengawasan elektronik untuk mencegah sebarang ancaman.
Pelbagai langkah keselamatan lain juga diambil, termasuk larangan penggunaan senjata di Manila, larangan penerbangan dan penggunaan dron di sekitar Pusat Persidangan Antarabangsa di Teluk Manila.