Jumlah kargo yang diimport melalui kastam Youyiguan, Wilayah Autonomi Guangxi, China di kawasan sempadan dengan Vietnam meningkat secara besar-besaran, yang dilihat amat memanfaatkan prosedur import-eksport yang semakin mudah antara kedua-dua negara.
Menurut statistik, nilai kargo yang diimport oleh China melalui kastam itu pada tahun 2017 meningkat 39.1% berbanding tahun sebelumnya, dengan mencatat USD 5.4 bilion (RM21 bilion).
Buah-buahan tetap menduduki tangga pertama dalam ranking kargo import melalui kastam tersebut.
Sementara itu, sejumlah syarikat pembuat pakaian yang terkenal telah menubuhkan kilang di negara-negara ASEAN. Manakala, China merupakan pasaran yang penting bagi syarikat-syarikat tersebut. Oleh sebab itu, jumlah barang tenunan yang diimport oleh China melalui kastam itu turut meningkat banyak.