'Bunga Champa Berkembang', filem pertama yang dihasilkan bersama-sama oleh China dan Laos mula ditayangkan di Vientiane semalam. Kira-kira 600 orang penonton dari kedua-dua negara menonton filem tersebut. Filem itu menceritakan tentang cinta dan persahabatan antara rakyat pelbagai generasi antara kedua-dua negara dan menunjukkan pemandangan alam yang indah dan sejarah yang lama di Laos.
Filem 'Bunga Champa Berkembang' yang melibatkan pelakon dari China dan Laos itu dimulakan penggambarannya di Vientiane pada akhir tahun 2016.