Cari:
Britain Jual Bangunan Kedutaan Besar di Bangkok
2018-02-05 15:59:58 CRI Cetak

Kementerian Luar Britain dalam satu pengumuman minggu lalu memaklumkan bahawa pihaknya telah menjual bangunan Kedutaan Besar Britain di Bangkok, Thailand dengan harga GBP420 juta (RM2.3 bilion).

Angka tersebut mencatat rekod tertinggi bagi sesebuah transaksi hartanah dalam sejarah Thailand.

Bangunan kedutaan besar itu dibina pada tahun 1922 dan seluas lebih 36 ribu meter persegi. Hasil jualannya akan digunakan untuk membaiki prasarana kedutaan besar Britain di pelbagai negara.

Kedutaan baharu Britain di Thailand akan dibuka di sebuah kawasan lain di Bangkok pada tahun depan, dengan pajakan selama 15 tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China