Cari:
Sambutan TBC di Bangkok
2018-02-17 15:28:10 CRI Cetak

Aktiviti kebudayaan bertema Tahun Baharu Cina (TBC) dirasmikan di China Town, Bangkok semalam.

Upacara perasmian dihadiri Puteri Maha Chakri Sirindhorn; Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha; Naib Menteri Kebudayaan China, Yang Zhijin; dan Duta Besar China ke Thailand, Lv Jian.

Yang Zhijin menyampaikan hadiah daripada kerajaan China kepada Puteri Maha Chakri Sirindhorn.

Lv Jian pula menyifatkan aktiviti tersebut wahana bagi meningkatkan hubungan persahabatan dan pertukaran kebudayaan antara China dengan Thailand.

Aktiviti itu diserikan dengan persembahan menarik oleh rombongan seni dari kedua-dua negara.

Puteri Maha Chakri Sirindhorn bersantap di gerai-gerai yang menyediakan makanan istimewa China.

Dalam tempoh aktiviti yang akan berlangsung hingga 4 Mac, 21 rombongan seramai lebih 370 seniman China akan mengadakan pameran, persembahan serta aktiviti bertema budaya dan makanan China di enam wilayah dan bandar Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China