Cari:
Xi Jinping Ditemui Lee Hsien Loong
2018-04-11 13:16:28 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Boao, provinsi Hainan China semalam.

Xi dalam pertemuan itu berkata, China dan Singapura harus menyusun strategi kerjasama pramatik yang baharu yang selaras dengan situasi semasa, dan terus memperkasakan kerjasama antara kerajaan yang melibatkan projek-projek berskala besar.

Kata beliau, China bersedia meningkatkan sinergi dengan negara-negara ASEAN bagi menyelaraskan Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan pelan pembangunan ASEAN, dan membentuk komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat.

Lee Hsien Loong dalam pertemuan itu pula berkata, Singapura menyarankan supaya isu-isu dan cabaran global ditangani melalui kerjasama antarabangsa. Singapura komited merapatkan hubungan dengan China, di samping menggalakkan kerjasama dalam rangka inisiatif B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China