Cari:
Li Keqiang Temui Lee Hsien Loong
2017-09-20 14:40:39 CRI Cetak

 

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong di Beijing, petang semalam.

Li Keqiang dalam pertemuan itu berkata, China dan Singapura sentiasa berpegang kepada prinsip saling menghormati dan sama rata. Kerjasama komprehensif yang saling menguntungkan antara kedua-dua negara semakin kukuh, sehingga membawa limpahan manfaat kepada seluruh rakyat.

Menurut beliau, China mengutamakan ASEAN dalam dasar hubungan luarnya. Sebagai negara penyelaras hubungan China-ASEAN dan negara pengerusi bergilir ASEAN pada tahun hadapan, Singapura diharap terus memainkan peranan membina untuk menggalakkan perkembangan hubungan antara China dengan ASEAN dan kerjasama antara China dengan rantau Asia Timur.

Lee Hsien Loong pula berkata, hubungan antara Singapura dengan China berkembang baik. Pihaknya komited memperkasakan kesalinghubungan serantau, dan menaiktarafkan rundingan tentang perjanjian perdagangan bebas Singapura-China. Beliau turut mengalu-alukan syarikat China terlibat dalam projek pembinaan landasan kereta api Singapura-Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China