"Xinjiang dalam Lensaku"— Kembara Jurugambar Negara-Negara Islam ke Xinjiang dianjurkan bersama oleh Radio Antarabangsa China (CRI) dan Jabatan Penerangan kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Seramai 16 orang jurugambar dari 10 buah negara Islam termasuk Malaysia, Mesir, Arab Saudi, Qatar, Turki, Iran, Nigeria, Kenya, Indonesia dan Pakistan membuat pengembaraan selama 14 hari di Xinjiang bermula 14 September. Dari 1 Disember 2011 hingga 31 Januari 2012 pula, laman-laman sesawang di China dan negara-negara berkenaan akan mengadakan pemilihan dalam talian, para pengguna internet boleh mengundi memilih gambar-gambar yang paling disukai. Setelah pengundian berakhir, keputusan pemilihan akan diumumkan, pengundi-pengundi yang menang akan dijemput melancong ke Xinjiang atas tajaan pihak penganjur pada tahun 2012.
Mengundi
Wang Wenlan
Pembantu Ketua Pengarang akhbar China Daily. Beliau kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Persatuan Jurugambar China, Naib Pengerusi Persatuan Penggambaran Sukan China dan ahli Institut Penggambaran Berita China.
Wang Dongmei
Naib Presiden CRI. Beliau merupakan ahli eksekutif Persatuan Pemberita Seluruh Negara China. Pemenang hadiah "100 Pemberita Terbaik China".
Liu Jiansheng
Pemberita Kanan Agensi Berita Xinhua. Jurugambar terkenal, pemenang hadiah emas Hadiah Berita China.
Shahrizan Jeffri Aziz
Shahrizan Jeffri Aziz, jurufoto kanan di BERNAMA, memulakan kerjaya dalam bidang fotografi bersama
BERNAMA pada Tahun 2003. Sepanjang bersama BERNAMA dia telah di tugaskan untuk merakam foto-foto
dalam pelbagai tugasan antaranya liputan politik semasa, sukan, dan lain-lain lagi.
"Xinjiang dalam Lensaku": Catatan Harian untuk 25/9/2011
Setelah Hampir dua minggu menyertai program Xinjiang di Lensaku, Program ini hampir sampai ke penghujungnya. Sungguh cepat masa berlalu.
Hari ini kami telah di bawa ke Makam Apakh Hoja yang terletak 5 km dari bandar Kashgar. Makam ini dibina pada tahun 1640. Di sini kami dapat merakam keindahan kesenian yang ada pada makam ini selain melihat tamannya yang indah.
Selepas itu kami telah dibawa ke Ulak Bazar tempat di mana para petani atau penternak menjual binatang ternakan mereka. Sungguh menarik dan pengalaman pertama saya melihat pasar begini kerana ia menjual ternakan mereka yang masih hidup bukan seperti pasar di Malaysia kita hanya melihat daging-daging sahaja dijual...
Lagi>>
Anggota Lain dalam Rombongan

Muhammad Afzaal

Nur Haryanto

Muthoga Chris Wangombe

Rashid Mukoya

Ojisua Philip Alaba

Aghaeze Osuonye Sunday

Haghgooye Haghighi Mostafa

Tahir Un

Alatan Tavuz

Alowayyid Owaid Hamad B

Ahmed Youssef

Atef Mahmoud
Lagi>>
Peta
Kembara ke Xinjiang
  • Ngarai Gunung Tianshan

  • Ngarai atau kanyon Gunung Tianshan menarik ramai pelancong kerana ngarai ini besar, curam, sunyi dan mistik. Ngarai yang terletak 70 kilometer dari Kaunti Kuqa ini merupakan salah satu ngarai Gunung Kizilya, cabang Gunung Tianshan. Kizilya dalam bahasa Uygur bermaksud "bukit yang merah".
  • Ambal Hotan

  • Ambal Hotan terkenal di dalam dan luar negara dengan seni tenunannya yang istimewa. Sejarah ambal Hotan berusia lebih 2,000 tahun dan digelar sebagai "Ambal Timur" serta laris dijual di lebih 20 negara dan kawasan, termasuk Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Perancis, Jepun, Itali dan Hong Kong.
  • Tasik Bosten

  • Tasik Bosten yang terletak di Daerah Bohu, di tenggara Lembangan Yanqi, merupakan tasik air tawar pedalaman yang terbesar di China. Bosten bermaksud "berdiri" dalam bahasa Mongol. Tasik ini diberikan nama tersebut kerana terdapat tiga buah pulau tinggi seolah-olah "berdiri" di tengah-tengah tasik tersebut.
  • Hotan, Bandar Jed

  • Hotan yang dahulunya dikenali sebagai Khotan terletak di bahagian barat daya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Hotan merupakan bandar sutera yang gemilang dalam laluan sutera. Batu jed, kuda dan buah-buahan dari bahagian barat disebarkan ke bahagian timur China melalui Hotan.
    Lagi>>
    Galeri Foto

    v Bayi Etnik Uygur

    v Kanak-Kanak Bermain Dataran Bandar

    v Budak Etnik Tajik

    v Orang Tua Etnik Tajik

    v Cium Tajik

    v Keluarga Etnik Uygur yang Bahagia
    Lagi>>
    © China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
    16A Shijingshan Road, Beijing, China