• Ngarai Gunung Tianshan
Ngarai atau kanyon Gunung Tianshan menarik ramai pelancong kerana ngarai ini besar, curam, sunyi dan mistik. Ngarai yang terletak 70 kilometer dari Kaunti Kuqa ini merupakan salah satu ngarai Gunung Kizilya, cabang Gunung Tianshan. Kizilya dalam bahasa Uygur bermaksud "bukit yang merah".
• Ambal Hotan
Ambal Hotan terkenal di dalam dan luar negara dengan seni tenunannya yang istimewa. Sejarah ambal Hotan berusia lebih 2,000 tahun dan digelar sebagai "Ambal Timur" serta laris dijual di lebih 20 negara dan kawasan, termasuk Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Perancis, Jepun, Itali dan Hong Kong.
• Tasik Bosten
Tasik Bosten yang terletak di Daerah Bohu, di tenggara Lembangan Yanqi, merupakan tasik air tawar pedalaman yang terbesar di China. Bosten bermaksud "berdiri" dalam bahasa Mongol. Tasik ini diberikan nama tersebut kerana terdapat tiga buah pulau tinggi seolah-olah "berdiri" di tengah-tengah tasik tersebut.
• Hotan, Bandar Jed
Hotan yang dahulunya dikenali sebagai Khotan terletak di bahagian barat daya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Hotan merupakan bandar sutera yang gemilang dalam laluan sutera. Batu jed, kuda dan buah-buahan dari bahagian barat disebarkan ke bahagian timur China melalui Hotan.
• Ili Tempat Penanaman Epal yang Terkenal di Xinjiang
Ili merupakan tempat penanaman epal yang terkenal di Xinjiang dan dikenali sebagai "kampung epal". Pokok-pokok epal liar yang jarang dijumpai di kawasan lain di China terpelihara di Ili. Bahkan ramai pakar menganggap bahawa Ili mungkin antara tempat asal tanaman pokok epal di dunia.
• Mencari Bandar Lama Guici di Aqsu
Nama kawasan Aqsu berasal dengan air. Nama itu bermakna "Air yang Jernih" dalam bahasa Uygur. Ia terletak di kawasan tengah Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Aqsu di sebelah utara padang pasir Taklamakan. Oleh itu, cuaca di kawasan ini amat kering.
• Makam Gundik Xiang
Makam Gundik Xiang, alias Makam Abakh Khoja, terletak di kampung Kokand, lima kilometer dari timur laut bandar Kaxgar, Xinjiang Selatan. Ia merupakan makam pemimpin agama Islam puak pemakai topi putih, Abakh Khoja dan keluarganya.
• Artux, Kampung Buah Ara
Bandar yang digelar sebagai "kampung buah ara" ini terletak di bahagian barat Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China. Ibu kota Negeri Etnik Kirgiz Kizilsu, ini dikelilingi Gunung Tianshan, Dataran Tinggi Pamir dan Lembangan Tarim.
• Gunung A-erh-chin
Kawasan Perlindungan Alam Sekitar Gunung A-erh-chin terletak di Kaunti Qarkilik, Daerah Autonomi Mongol Bayangol, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Ia terletak di bahagian tengah Gunung A-erh-chin di sempadan Xinjiang-Tibet, dan setinggi 4000 meter dari paras laut.
• Groto Kizil
Groto Kizil yang digelar sebagai "inti sari kesenian" menjadi terkenal kerana lukisan muralnya yang indah. Ia terletak 7 kilometer dari tenggara Mukim Kizil, Kaunti Baicheng, Xinjiang, dan mula dibina pada abad ke-3 atau ke-4. Terdapat 236 buah groto di sini, dan 135 buah antaranya terpelihara dengan utuh.
• Puncak Tomor
Puncak Tomor setinggi 7,443 meter dari paras laut. "Tomor" bermaksud "gunung besi" dalam bahasa Uygur. Puncak ini terletak di sebelah utara kaunti Wensu, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Gunung Tianshan melintasi wilayah Kazakhstan dan sampai ke kawasan tengah Xinjiang, dengan panjang keseluruhan 2,500 kilometer dari timur ke barat.
• Kampung Puak Tuva
Kampung puak Tuva terletak di lembah Sungai Kanas yang jaraknya 3 kilometer dari selatan tepi Sungai Kanas. Kawasan itu dikelilingi gunung yang menghijau dan mengalirkan air sungai yang jernih. Perkampungan itu merupakan tempat yang pasti dilalui pelancong yang ke Tasik Kanas dari Kaunti Buerjin.
• Menara Sugong (Menara Emin)
Menara Sugong dibina pada tahun 1778 Masihi. Bangunan berusia lebih 200 tahun ini dibina oleh raja Turpan, Eminhezhuo dengan biaya sendiri untuk membalas budi kerajaan Dinasti Qing dan sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan.
• Kaunti Markit, Buaian Budaya Dolan
Kaunti Markit terletak di bahagian barat Lembangan Tarim, kawasan hilir Sungai Yarkand dan Sungai Tiznap. Ia terletak 1,410 kilometer dari Urumqi. Markit tempat asal Opera Muqam Dolan dan kampung halaman Amannisa Khan, seniwati tersohor Opera Muqam Uygur.
• Bandar Altay
Bandar Altay terletak di selatan pergunungan Altay. Di sebelah timur lautnya bersempadan dengan negara Mongolia, sepanjang 96 kilometer. Bandar Altay terletak 670 kilometer dari bandar Urumqi, dengan jumlah penduduknya 185.6 ribu orang yang terdiri daripada 26 buah etnik termasuk Han, Kazak, Uygur, Hui dan Mongol.
• Kaunti Autonomi Tajik Taxkorgan
Kaunti Autonomi Tajik Taxkorgan merupakan salah satu kaunti di Kawasan Kaxgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China. Taxkorgan bermaksud "kota batu" dalam bahasa Uygur, kerana terdapat kastil batu yang kuno di utara kaunti itu. Ia bermaksud "mahkota" atau "pemakai mahkota" dalam bahasa Tajik.
• Turpan,Lembangan yang Paras Lautnya Paling Rendah di China
Turpan ialah kawasan yang amat penting dalam laluan jalan sutera, di sini ada lebih 200 tempat peninggalan sejarah jalan sutera China. Anda dapat menikmati budaya dunia timur dan juga barat di sini.
• Sungai Yarkand
Sungai Yarkand terletak di bahagian tenggara kawasan Kaxgar. Sungai sepanjang 996 kilometer ini mengalir dari arah barat daya ke timur laut dan merupakan sungai terbesar di kawasan Kaxgar. Yarkand bermaksud "tanah yang luas" dalam bahasa Uygur.
• Pintu Syurga Artux
Pintu syurga terletak di selatan Gunung Tianshan Barat, 75 kilometer dari bandar Artux. Ia digelar oleh majalah Adventure terbitan di Amerika Syarikat sebagai salah satu daripada 25 laluan pengembaraan terbaru di seluruh dunia.
• Tasik Tianchi
Tasik Tianchi yang terkenal itu terletak di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, 100 kilometer dari timur laut bandar Urumqi. Perjalanan menggunakan kereta dari Urumqi ke Tasik Tianchi mengambil masa hanya satu jam.
• Padang Pasir Yingerlik
Padang pasir Yingerlik terletak 22 kilometer dari barat laut bandar Hotan, merupakan sebahagian padang pasir Taklamakan. Yingerlik merupakan destinasi pilihan terbaik bagi mereka yang mahu menikmati pemandangan padang pasir tetapi tidak mahu sia-siakan banyak waktu dalam perjalanan kerana Yingerlik dekat dengan bandar dan mudah dilalui kereta.
• Yengisar, Kampung Halaman Pisau
Kaunti Yengisar terletak antara Kaxgar, bandar terbesar di Xinjiang Selatan dan Kaunti Shache. Ia terkenal dengan pisau yang dikeluarkan di sini. Panjangnya pisau ini biasanya belasan sentimeter. Pisau yang paling besar panjangnya 50 sentimeter dan yang paling kecil hanya 7 sentimeter.
• Merasai Daya Tarikan Bandar Petroleum yang Istimewa
Jika masa untuk anda menjelajah di Karamay sehari sahaja, saya mencadangkan anda menyewa kereta bertolak dari pusat bandar, terlebih dahulu menuju ke Bukit Minyak Hitam yang berjarak dua kilometer dari timur laut Karamay.
• Bandar Aksu
Kawasan Aksu terletak di barat daya Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, di sebelah selatan Gunung Tianshan dan sebelah utara Lembangan Tarim. Rupa bumi Aksu amat datar dan sesuai untuk pertanian. Oleh sebab itulah Aksu terkenal sebagai "bandar pengeluar beras dan buah-buahan".
• Bandar Minyak: Karamay
Karamay ialah medan minyak yang pertama ditemui di China pada tahun 1955 sejek Republik Rakyat China ditubuhkan. Karamay ialah bahasa etnik Uygur yang bermakna "minyak hitam".
• Bandar Purba Loulan
Ahli kaji purba dalam kajian terhadap mayat kering yang ditemui dalam kubur yang berhampiran kota Loulan menganggap bahawa pada 4000 tahun yang lalu, sekumpulan penggembala yang rupanya seperti orang Eropah pernah tinggal di sana. Namun, dalam 2000 tahun selepas itu, tiada sebarang catatan sejarah mengenai kawasan itu.
• Kaunti Kuqa
Kaunti Kuqa terletak di bahagian tengah dan barat Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China. Ia terletak di timur Kawasan Aqsu, selatan Gunung Tianshan dan utara Lembangan Tarim. Kuqa yang dahulunya dikenali sebagai Kucha merupakan kota yang penting di Jalan Sutera Lama.
• Bandar Hami
Ketika menyebut Hami, orang China tentu teringat tembikai Hami yang dihasilkan di sana. Cuaca semula jadi yang baik, termasuk suhu udara yang sederhana dan sinaran mata hari yang terik membolehkan buah-buahan yang dihasilkan di Hami lebih manis berbanding dengan tempat lain. Hami menjadi terkemuka kerana tembikai yang dihasilkan di sana.
• Kanas yang Indah
Pada tahun 1995, seorang pegawai perlindungan alam sekitar PBB membuat tinjauan di Kanas. Ketika memandang pemandangan Kanas yang menarik itu, beliau terpegun dan berkata, "Kanas merupakan pemandangan semula jadi yang terpelihara paling baik di dunia. Ia menjadi bukti bahawa dunia ini pernah mempunyai alam sekitar yang begitu indah dan menarik. Ia dianggap sebagai syurga dunia. Keindahannya simgguh mempesonakan."
• Serokan Berwarna-warni
Serokan Berwarna-warni juga dikenali sebagai Kota Berwarna-warni, dan keluasannya tiga kilometer persegi. Pelancong dapat melihat gumuk-gumuk yang berwarna merah tua, kuning, jingga, hijau, kelabu, hitam, putih dan sebagainya.
• Lukisan Kaum Tani Markit
Lukisan petani dihasilkan di Kaunti Markit pada tahun 1970-an. Pada masa itu, kaum tani tidak pernah dilatih teknik melukis. Mereka menghasilkan lukisan sendiri dengan bersahaja. Selepas menyelesaikan kerja-kerja pada siang hari, mereka biasanya meluahkan perasaan sendiri terhadap kampung halaman, pekerjaan dan makhluk menerusi alat lukis yang sederhana dan primitif pada waktu malam.
• Pintu Gerbang Tiemen
Pintu Gerbang Tiemen terletak 8 kilometer di utara pinggir bandar Korla. Sebagai pintu keluar bagi lembah curam di kawasan hulu Sungai Merak dan tempat yang menghubungkan Xinjiang Selatan dengan Xinjiang Utara pada zaman dahulu, ia amat penting dari segi kedudukan strategik di Jalan Sutera. Pintu gerbang ini mula dibina pada Dinasi Jin China (kira-kira pada tahun 265 hingga 420).
• Lembah Tuyugou
Tuyugou terletak di Kaunti Shanshan, 55 kilometer dari timur bandar Turpan Xinjiang China. Tempat ini pernah menjadi tempat perkembangan agama Islam dan juga agama Buddha.
• Taman Pokok Ajaib Tianshan
Taman Pokok Ajaib Tianshan (Aksu Tianshan Shenmu Park) terletak 60 kilometer dari kaunti Wensu, kawasan Aksu, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Ia juga dikenali sebagai Mazar Kurmishata, setinggi 1,700 meter dari paras laut. Taman seluas 40 hektar ini juga digelar sebagai "Mutiara di Padang Pasir Gobi".
• Hutan Pokok Huyang di Mulei
Dalam perjalanan dari Kaunti Mulei, Daerah Hui Changji Xinjiang 170 kilomater ke utara, terdapat hutan yang pokok-pokoknya rimbun dan subur. Hutan ini ialah pokok Huyang semula jadi yang terkemuka di Mulei. Menurut kajian, pokok-pokok Huyang yang tumbuh di situ berusia 6,500 tahun.
• Tembikar Yengisar
Industri pembuatan tembikar di Kaunti Yengisar bermula pada abad ke-10. Barang tembikar merupakan kraf tangan tradisional yang diperlukan dalam kehidupan etnik Uygur. Industri tersebut sangat makmur di tempat ini, sehingga tembikar dijual di pelbagai tempat di Xinjiang Selatan.
• Lukisan Kaum Tani Markit
Lukisan petani dihasilkan di Kaunti Markit pada tahun 1970-an. Pada masa itu, kaum tani tidak pernah dilatih teknik melukis. Mereka menghasilkan lukisan sendiri dengan bersahaja. Selepas menyelesaikan kerja-kerja pada siang hari, mereka biasanya meluahkan perasaan sendiri terhadap kampung halaman, pekerjaan dan makhluk menerusi alat lukis yang sederhana dan primitif pada waktu malam.
• Sungai Yarkand
Sungai Yarkand terletak di bahagian tenggara kawasan Kaxgar. Sungai sepanjang 996 kilometer ini mengalir dari arah barat daya ke timur laut dan merupakan sungai terbesar di kawasan Kaxgar. Yarkand bermaksud "tanah yang luas" dalam bahasa Uygur.
• Kaunti Markit, Buaian Budaya Dolan
Kaunti Markit terletak di bahagian barat Lembangan Tarim, kawasan hilir Sungai Yarkand dan Sungai Tiznap. Ia terletak 1,410 kilometer dari Urumqi. Markit tempat asal Opera Muqam Dolan dan kampung halaman Amannisa Khan, seniwati tersohor Opera Muqam Uygur.
• Taman Pokok Ajaib Tianshan
Taman Pokok Ajaib Tianshan (Aksu Tianshan Shenmu Park) terletak 60 kilometer dari kaunti Wensu, kawasan Aksu, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Ia juga dikenali sebagai Mazar Kurmishata, setinggi 1,700 meter dari paras laut. Taman seluas 40 hektar ini juga digelar sebagai "Mutiara di Padang Pasir Gobi".
• Puncak Tomor
Puncak Tomor setinggi 7,443 meter dari paras laut. "Tomor" bermaksud "gunung besi" dalam bahasa Uygur. Puncak ini terletak di sebelah utara kaunti Wensu, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Gunung Tianshan melintasi wilayah Kazakhstan dan sampai ke kawasan tengah Xinjiang, dengan panjang keseluruhan 2,500 kilometer dari timur ke barat.
• Pintu Syurga Artux
Pintu syurga terletak di selatan Gunung Tianshan Barat, 75 kilometer dari bandar Artux. Ia digelar oleh majalah Adventure terbitan di Amerika Syarikat sebagai salah satu daripada 25 laluan pengembaraan terbaru di seluruh dunia.
• Artux, Kampung Buah Ara
Bandar yang digelar sebagai "kampung buah ara" ini terletak di bahagian barat Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China. Ibu kota Negeri Etnik Kirgiz Kizilsu, ini dikelilingi Gunung Tianshan, Dataran Tinggi Pamir dan Lembangan Tarim.
• Bandar Purba Loulan
Ahli kaji purba dalam kajian terhadap mayat kering yang ditemui dalam kubur yang berhampiran kota Loulan menganggap bahawa pada 4000 tahun yang lalu, sekumpulan penggembala yang rupanya seperti orang Eropah pernah tinggal di sana. Namun, dalam 2000 tahun selepas itu, tiada sebarang catatan sejarah mengenai kawasan itu.
• Pintu Gerbang Tiemen
Pintu Gerbang Tiemen terletak 8 kilometer di utara pinggir bandar Korla. Sebagai pintu keluar bagi lembah curam di kawasan hulu Sungai Merak dan tempat yang menghubungkan Xinjiang Selatan dengan Xinjiang Utara pada zaman dahulu, ia amat penting dari segi kedudukan strategik di Jalan Sutera. Pintu gerbang ini mula dibina pada Dinasi Jin China (kira-kira pada tahun 265 hingga 420).
• Tasik Bosten
Tasik Bosten yang terletak di Daerah Bohu, di tenggara Lembangan Yanqi, merupakan tasik air tawar pedalaman yang terbesar di China. Bosten bermaksud "berdiri" dalam bahasa Mongol. Tasik ini diberikan nama tersebut kerana terdapat tiga buah pulau tinggi seolah-olah "berdiri" di tengah-tengah tasik tersebut.
• Bandar Korla di Xinjiang Selatan 
Bandar Korla merupakan ibu kota Negeri Autonomi Mongol Bayangol, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Ia terletak di selatan Gunung Tianshan dan timur laut Lembangan Tarim. Korla dalam bahasa Uygur bermaksud "memandang", dan merupakan bandar yang penting dalam sejarah Jalan Sutera.
• Hutan Pokok Huyang di Mulei
Dalam perjalanan dari Kaunti Mulei, Daerah Hui Changji Xinjiang 170 kilomater ke utara, terdapat hutan yang pokok-pokoknya rimbun dan subur. Hutan ini ialah pokok Huyang semula jadi yang terkemuka di Mulei. Menurut kajian, pokok-pokok Huyang yang tumbuh di situ berusia 6,500 tahun.
• Changji di Xinjiang
Daerah Autonomi Hui Changji terletak di utara gunung Tianshan, Xinjiang dan bersempadan sepanjang 227.3 kilometer dengan Mongolia di sebelah timur laut. Keluasan Changji mencatat 93.9 ribu kilometer persegi, dengan bilangan penduduknya mencecah 1.6 juta orang yang terdiri daripada 36 etnik.
• Kampung Puak Tuva
Kampung puak Tuva terletak di lembah Sungai Kanas yang jaraknya 3 kilometer dari selatan tepi Sungai Kanas. Kawasan itu dikelilingi gunung yang menghijau dan mengalirkan air sungai yang jernih. Perkampungan itu merupakan tempat yang pasti dilalui pelancong yang ke Tasik Kanas dari Kaunti Buerjin.
• Groto Kizil
Groto Kizil yang digelar sebagai "inti sari kesenian" menjadi terkenal kerana lukisan muralnya yang indah. Ia terletak 7 kilometer dari tenggara Mukim Kizil, Kaunti Baicheng, Xinjiang, dan mula dibina pada abad ke-3 atau ke-4. Terdapat 236 buah groto di sini, dan 135 buah antaranya terpelihara dengan utuh.
• Ambal Hotan
Ambal Hotan terkenal di dalam dan luar negara dengan seni tenunannya yang istimewa. Sejarah ambal Hotan berusia lebih 2,000 tahun dan digelar sebagai "Ambal Timur" serta laris dijual di lebih 20 negara dan kawasan, termasuk Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Perancis, Jepun, Itali dan Hong Kong.
• Ili Tempat Penanaman Epal yang Terkenal di Xinjiang
Ili merupakan tempat penanaman epal yang terkenal di Xinjiang dan dikenali sebagai "kampung epal". Pokok-pokok epal liar yang jarang dijumpai di kawasan lain di China terpelihara di Ili. Bahkan ramai pakar menganggap bahawa Ili mungkin antara tempat asal tanaman pokok epal di dunia.
• Makam Gundik Xiang
Makam Gundik Xiang, alias Makam Abakh Khoja, terletak di kampung Kokand, lima kilometer dari timur laut bandar Kaxgar, Xinjiang Selatan. Ia merupakan makam pemimpin agama Islam puak pemakai topi putih, Abakh Khoja dan keluarganya.
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China