Kampung Bersejarah, Elemen Baharu Perkembangan Pelancongan di Haikou

2024-04-30 10:47:03  CRI
Share with:

Pemandangan pantai yang indah dijadikan tarikan pelancong di bandar Sanya yang terletak di bahagian selatan pulau Hainan, sedangkan tapak sejarah yang banyak dan kebudayaan yang beraneka ragam dimanfaatkan dalam perkembangan pelancongan di bandar Haikou, ibukota provinsi Hainan yang terletak di bahagian utara pulau itu.


Terdapat sejumlah kampung yang bersejarah dan berunsurkan kebudayaan telah disenaraikan dalam skim pembangunan pelancongan Haikou pada tahun-tahun kebelakangan ini.


Misalnya, kampung Yaocheng yang dibina pada zaman Dinasti Ming pada lebih 400 tahun yang lalu, terkenal dengan sejarahnya yang panjang dan unsur kebudayaan yang menebal.

Projek pembaikpulihan berkenaan dijalankan terhadap bangunan di kampung Yaocheng dengan mengekalkan seni bina unik yang sering ditemui pada perumahan penduduk di utara Hainan. 

Para pelancong berpeluang mengikuti pelbagai pakej persiaran di sana seperti inap desa, masakan tempatan, aktiviti bercucuk tani dan sebagainya.