Peluang Kerjasama Baharu Menanti Perusahaan China, Afrika

2024-09-07 15:08:04  CRI
Share with:


Persidangan Usahawan China-Afrika edisi kelapan berlangsung di Beijing pada Jumaat sempena sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) 2024. 


Persidangan itu disertai usahawan dari China dan 48 negara Afrika membabitkan pelbagai sektor antaranya sumber tenaga, perlombongan, infrastruktur serta industri baru muncul seperti teknologi elektronik, satelit komunikasi dan bioperubatan.


Perdana Menteri China Li Qiang dalam ucapannya pada majlis perasmian menyarankan supaya China dan Afrika terus memperkasa pemadanan pasaran, mendorong pengintegrasian industri sambil memperkukuh pacuan inovasi.


Kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Afrika mempunyai asas kukuh dan membuahkan hasil memberangsangkan dalam tempoh sedekad lalu. 


China kekal sebagai rakan dagang terbesar bagi Afrika selama 15 tahun berturut-turut. Jumlah perdagangan dua hala pada 2023 meningkat hampir 35 peratus berbanding tahun 2013.


Pada sidang kemuncak FOCAC kali ini, China mengemukakan 10 tindakan perkongsian yang bakal dilaksana dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk berganding bahu bersama Afrika ke arah modenisasi. 


Tindakan perkongsian itu dianggap akan menjadi hala tuju utama untuk kerjasama pragmatik antara China dengan Afrika. Berdiri di titik permulaan baharu, perusahaan China dan Afrika bakal menikmati lebih banyak peluang kerjasama. 

Peluang lahirnya daripada pengintegrasian rantaian perindustrian dan bekalan yang menjadi asas kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan. 


China merupakan negara membangun yang mempunyai rantaian perindustrian paling lengkap di dunia, manakala Afrika benua yang menghimpunkan negara membangun paling banyak. Kedua-dua pihak saling melengkapi dari segi rantaian perindustrian dan bekalan.


Dalam usaha memacu pemodenan, China boleh membekalkan teknologi dan rantaian perindustrian untuk membantu meningkatkan kualiti dan menaiktarafkan 'buatan Afrika'.


Pada masa sama, negara Afrika dapat memperoleh lebih banyak peluang pembangunan apabila produk mereka memasuki rantaian bekalan negara Tembok Besar.


Peluang dicetuskan daripada momentum baharu yang bertambah banyak.


Sepuluh tindakan perkongsian yang dikemukakan China mencakupi usaha sama membina pusat kerjasama teknologi digital China-Afrika, pengukuhan kerjasama e-dagang dan pelaksanaan 30 projek tenaga bersih di Afrika. Kolaborasi seumpama akan turut menjana momentum baharu untuk pembangunan kedua-dua pihak.


Peluang datangnya daripada keserasian tinggi dari segi konsep kerjasama. 


Dalam persidangan kali ini, para usahawan menzahirkan keinginann kuat untuk menggerakkan kerjasama terbuka. Hal ini sangat bermakna tatkala fahaman perlindungan bangkit semula, sekali gus menyuntik tenaga positif ke arah mewujudkan situasi sama menang untuk dunia.