Artikel Xi Disiar di Akhbar Perancis

2024-05-06 00:17:53  CRI
Share with:

Sempena lawatan ke Perancis, Presiden Xi Jinping menyiarkan artikel berjudul ‘Warisi Semangat yang Membimbing Penjalinan Hubungan Diplomatik China-Perancis, Bersama Galak Kedamaian dan Pembangunan Dunia’ di akhbar Le Figaro pada Ahad.

 

Dalam artikel itu, beliau membentangkan tiga mesej yang dibawanya dari negara Tembok Besar iaitu hasrat China untuk terus memantapkan hubungan dengan Perancis, komitmen untuk memperluas keterbukaan bertaraf tinggi dan memperdalam kerjasama dengan negara-negara di dunia serta kesediaan mempertingkat komunikasi dan koordinasi dengan Perancis untuk memelihara kedamaian dan kestabilan dunia.