Xi Hadir Pertemuan Tiga Pihak China-Perancis-EU
Presiden China, Xi Jinping telah bersama dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Jawatankuasa Kesatuan Eropah (EU) Ursula von der Leyen menghadiri pertemuan tiga pihak pemimpin China-Perancis-EU di Istana Élysée, Paris pada pagi tadi waktu tempatan.
Xi berbesar hati dapat bertemu lagi dengan Presiden Macron dan Ursula Der Leyen, dan menegaskan bahawa Perancis dijadikan destinasi pertama dalam jadual lawatannya di seberang laut bagi tahun 2024, sedangkan pertemuan tiga pihak ini pula menambah makna yang besar kepada siri lawatannya di Eropah kali ini.
“China sentiasa melihat hubungannya dengan EU dari segi strategik dan jangka masa yang panjang, menganggap EU sebagai keutamaan dalam diplomasi China dan rakan penting sepanjang proses memperjuangkan modenisasi ala China. Diharapkan bahawa hubungan China-Perancis dan China-EU dapat berkembang bersama berdasarkan sokongan antara satu sama lain,” kata Xi.
“Dunia kini telah masuk satu fasa yang baharu yang penuh dengan tranformasi dan pergolakan . Sebagai dua kuasa utama di dunia ini, China dan EU perlu mengekalkan perkongsian, meneruskan dialog dan kerjasama, mengintensifkan komunikasi strategik, memupuk rasa saling percaya dalam bidang strategi, membina konsensus yang bersifat strategik, dan mengadakan penyelarasan strategik supaya dapat mendorong hubungan China-EU berkembang dengan stabil dan sihat sehingga memberi sumbangan baharu kepada keamanan dan pembangunan dunia,” tambah Xi.