China Lancarkan Satelit Komunikasi Jalur Lebar MEO Buat Kali Pertama

2024-05-09 14:34:39  CRI
Share with:

China berjaya melancarkan satelit Smart SkyNet-1 01 dengan menggunakan roket pembawa Long March-3B dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang provinsi Sichuan pada Khamis.

Misi pelancaran kali ini dilakukan dengan jayanya dan satelit itu turut memasuki orbit seperti yang ditetapkan.


Sebagai satelit komunikasi jalur lebar Orbit Bumi Sederhana (MEO) yang pertama di China, satelit Smart Skynet-1 01 merupakan hasil penyelidikan dan pengeluaran  Akademi Teknologi Penerbangan Angkasa Lepas Shanghai (SAST) di bawah Syarikat Sains dan Teknologi Aeroangkasa China (CASC).