AS Tarik Balik Permit Sebahagian Syarikat Domestiknya Melibatkan Eksport Cip ke Huawei

2024-05-09 13:48:48  CRI
Share with:

China membantah keras perbuatan Amerika Syarikat (AS) yang membesar-besarkan konsep keselamatan wilayah, mempolitikkan isu-isu ekonomi dan perdagangan, menyalahgunakan kawalan pengeksportan untuk menyekat dan menindas syarikat China yang dijadikan sasarannya.


Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China semalam susulan liputan beberapa badan media bahawa kerajaan AS membatalkan permit sebahagian syarikat domestiknya melibatkan pengeksportan cip ke syarikat Huaiwei China.


Dimaklumkan, sekatan AS terhadap pengeksportan cip untuk kegunaan awam dan menghentikan pembekalan yang berkaitan dengan perusahaan China bukan sahaja tidak selaras dengan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), tetapi juga tidak berfaedah bagi sektor korporat di dalam negerinya. Tindakan AS itu dilihat jauh dari komitmen yang dibuatnya yang berbunyi "tidak mencantas hubungan dengan China" atau "tidak menghalang pembangunan China", malah sama sekali bertentangan dengan janjinya "memperhalusi pentafsiran tentang konsep keselamatan wilayah". 


China tidak teragak-agak mengambil sebarang langkah yang diperlukan untuk membela kepentingan perusahaan negara sendiri.