China, AS Komited Bekerjasama Tangani Perubahan Iklim

2024-05-11 14:35:01  CRI
Share with:

Mesyuarat “Kumpulan Kerja Bagi Perhebat Tindakan Menangani Perubahan Iklim Pada 2020” diadakan di Washington D.C. Amerika Syarikat (AS) pada 8 hingga 9 Mei lalu.


Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Duta Khas China mengenai Hal Ehwal Perubahan Iklim, Liu Zhenmin dan Penasihat Kanan Presiden AS mengenai Dasar Iklim Antarabangsa, John Podesta, dan turut dihadiri pegawai berkenaan dari kedua-dua negara.


Para peserta dalam mesyuarat itu mengimbau kembali pertemuan pemimpin China-AS di San Francisco dan mengadakan perbincangan mengenai transformasi penggunaan sumber tenaga, metana dan gas rumah hijau lain yang bukan karbon dioksida, ekonomi kitaran dan kecekapan penggunaan sumber,  masalah penebangan hutan serta isu provinsi / negeri dan bandar rendah karbon yang tersenarai dalam Kenyataan Sunnylands mengenai Perkasa Kerjasama untuk Menangani Krisis Iklim, selain menjalankan kerjasama dalam isu-isu pelbagai hala yang berkaitan dengan usaha untuk menjayakan penganjuran Persidangan ke-29 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (COP29) di Baku, Azerbaijan.


Kedua-dua pihak berkongsi pengalaman dan cabaran dari segi dasar dan tindakan untuk meningkatkan kecekapan dalam menangani isu perubahan iklim di negara masing-masing dan menghadapi krisis dan kesan yang dibawanya.


Kedua-dua pihak juga menaruh harapan terhadap acara peringkat tinggi China-AS mengenai tindakan menangani  isu perubahan iklim di peringkat daerah yang  dijangka diadakan di Berkeley, California pada 29 hingga 30 Mei nanti.