Satu Karya Salinan Kaligrafi Cermin Budaya Keluarga Xi

2024-05-12 16:54:07  CRI
Share with:

Puan Qi Xin, ibu kepada Presiden China, Xi Jinping, pernah menyalin satu karya kaligrafi Dinasti Ming tentang nasihat kepada barisan pegawai untuk menjalankan tugasan dengan adil dan bersih, yang dilihat mencerminkan budaya keluarga Xi.


Xi Jinping sejak kecil lagi sudah biasa bersama dengan adiknya memakai pakaian dan kasut yang diturunkan daripada kakak-kakaknya.

Selepas Xi bertugas sebagai pegawai kerajaan, ibunya pernah memanggil setiap ahli keluarga berkumpul untuk bermesyuarat, dan menuntut adik dan kakak Xi yang bertugas dalam bidang perniagaan menjauhkan diri dari naungan Xi yang berkuasa dalam bidang politik.


Puan Qi Xin yang bertabiat jimat cermat dalam hidup harian, memberi pengajaran kepada anaknya dengan tutur kata dan pemberian contoh melalui tingkah laku sendiri.


Presiden Xi sentiasa mengingati ajaran dari ibu bapanya, dan selalu berkata, 'kita mesti konsisten dalam berkhidmat kepada rakyat dan berintegriti menjalankan tugasan'.


Xi juga mempunyai tabiat hidup yang  jimat cermat, dan mengamalkan budaya keluarga yang bersih, dengan menuntut setiap ahli keluarga dan sahabat akrabnya 'tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti perniagaan dengan memanfaatkan sedikit pun pentadbiran saya.'  

Xi yang bertindak senada dan sejiwa dengan ibu bapanya, berusaha menjadi seorang yang berhati murni untuk kebaikan rakyat. Beliau pernah menderma untuk menyokong seorang pelajar daripada keluarga miskin untuk 12 tahun berturut-turut. Selepas menyandang jawatan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Xi pernah mengarahkan sebahagian anggota PKC yang menyandang jawatan pegawai di pelbagai peringkat terus turun padang untuk bertapak di kampung untuk menjalankan tugas 'mentor-mentee' dalam kempen pembasmian kemiskinan, sehingga terciptanya keajaiban China dalam sejarah pembasmian kemiskinan manusia.