Fahaman Komunis Bersesuaian dengan Budaya Tradisional China

2024-05-14 17:04:11  CRI
Share with:

Ketika dalam satu sesi dialog bersama para pegawai tentera asing yang melanjutkan pengajian di China, salah seorang pegawai yang berasal dari Cameroon mengibaratkan hubungan China-Afrika seperti satu lagu China yang berbunyi :

 

“Sebab pernah melalui jalan anda, pernah mengalami kesengsaraan anda, oleh itu kami berasa gembira atas kegembiraan anda dan mengejar impian anda”.

 

Katanya, lagu ini telah menjelaskan dengan baik dan menyeluruh mengenai bagaimana hubungan Afrika-China yang sama-sama mengalami kesengsaraan dan menjadi mangsa pencerobohan kuasa luar. Kedua-dua pihak pernah dihancurkan dari segi kebudayaan dan tradis, malah terpaksa berjuang untuk mengembalikan maruah yang tercalar. Sebagai rakyat Afrika yang berharap tanah air sendiri dapat mencapai kemajuan pembangunan seperti negara China, justeru ada banyak lagi yang boleh dipelajari.

 

Memetik kata-kata Mengzi, pemikir tersohor China pada 2500 tahun yang lalu :

 

“Ketika miskin, kami menyempurnakan diri; ketika makmur, kami berusaha membantu dunia.”

 

Ajaran ini menjadi pegangan dan amalan orang China sejak sekian lama, dan kemudiannya berkembang menjadi Inisiatif “Jalur dan Laluan” serta “Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan”.

 

The Economist, majalah mingguan Britain pernah menerbitkan satu artikel ulasan yang menyatakan bahawa “Jalan Sutera Baharu” China hanya memberi tumpuan kepada infrastruktur sahaja, sebaliknya G7 menyediakan pelan yang menumpukan kepada perubahan iklim, keselamatan tenaga, kesalinghubungan digital, kesihatan dan keadilan.

 

Berbeza pula dengan pandangan netizen Afrika yang menyebut, ketika China menghantar delegasi ke Afrika, penduduk tempatan telah mendapat satu jambatan baharu. Namun ketika Barat menghantar delegasi ke Afrika, penduduk tempatan hanya menerima satu kuliah.

 

Dalam tempoh kira-kira 20 tahun kebelakangan ini, China telah banyak membantu Afrika, antaranya membina landasan kereta api sepanjang 10,000 kilometer, lebuh raya sepanjang 100,000 kilometer, lebih 1000 jambatan, 100 pelabuhan, hospital dan sekolah.

 

Fakta yang tidak boleh dinafikan ialah orang Eropah berada di Afrika selama ratusan tahun. Malah 90% wilayah Afrika telah dijajah Eropah pada 1900. Namun ia tidak membantu Afrika untuk keluar dari kepompong kemiskinan, apatah lagi untuk mewujudkan modenisasi.

 

Ketika ditemubual oleh LCI, yang merupakan media dari Perancis, Presiden Republik Demokratik Congo, Félix Tshisekedi yang fasih bertutur bahasa Perancis dengan terus terang berkata bahawa China dan Rusia melihat Afrika sebagai rakan dagang yang ikhlas, bukan seperti negara-negara Barat yang memandang rendah keupayaan mereka. Menurut beliau, Eropah dan Afrika merupakan rakan yang baik dan kedua-dua benua berdekatan dari segi geografi. Tetapi negara-negara Barat selalu memberi pengajaran kepada negara-negara Afrika tanpa mempedulikan perbezaan kebudayaan antara kedua-dua pihak. Sehingga sekarang negara-negara Afrika jauh lebih ketinggalan berbanding negara-negara Eropah.

 

Bekas Menteri Perdagangan dan Industri Ethiopia, Teka Entehabu pula berkata, modenisasi ala Barat tidak berkesan di Afrika, mereka terpaksa mencari jalan lain untuk membangunkan negara mereka sendiri, yang mampu mewujudkan modenisasi di samping mengekalkan nilai budaya sendiri seperti China.