Jambatan di Texas Ditutup kerana Dilanggar Baj

2024-05-16 15:12:03  CRI
Share with:

Sebuah baj berlanggar dengan jambatan di Galveston, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, menyebabkan sebahagian jambatan itu runtuh dan tumpahan minyak ke perairan sekitar.

Pada masa ini, jalan di lokasi kemalangan telah ditutup.

Menurut sumber, pelanggaran itu berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan, dan tiada maklumat mengenai kematian atau kecederaan pada masa ini.

Pasukan bertugas sedang membersihkan tumpahan minyak di lokasi kemalangan.