Drama di Pulau Huangyan, Siapa Dalangnya?

2024-05-16 16:53:07  CRI
Share with:

Dalam ulasan sebelum ini, Satria pernah mengecam tindakan kerajaan Filipina yang dilihat cuba menghasut nelayan tempatan melibatkan diri dalam pertikaian di Laut China Selatan.

 

Nampaknya ia tidak terhenti di situ. “Farsa politik” yang masih lagi berlarutan sehingga kini jelas memperlihatkan kerajaan negara tersebut yang dilihat mementingkan diri tanpa mempertimbangkan keselamatan penduduk tempatan, sebaliknya cuba memenuhi agenda “dalang” asing.

 

Difahamkan kira-kira seratus bot nelayan Filipina yang menyertai “konvoi” anjuran Atin Ito dengan diiringi sebuah kapal pengawal pantai berlayar ke kawasan pertikaian untuk mengisytiharkan kedaulatan ke atas Pulau Huangyan. Namun hampir semua bot nelayan kembali setelah melakukan pelayaran sejauh kira-kira 14 batu nautika dari pesisir pantai negaranya, dan hanya tinggal 4 buah kapal besar yang terus berlayar ke kira-kira 50 batu nautika dari Pulau Huangyan, mengambil gambar dan video, lalu balik juga. Dengan ini, apa yang disebut “misi itu dijalankan dengan jayanya” oleh pihak Filipina secara sepihak adalah karut belaka.

 

Ini jelas memperlihatkan majoriti bot nelayan Filipina tidak mampu untuk berlayar ke Pulau Huangyan. Mereka telah dihasut, dipujuk atau mungkin dibayar untuk menyertai fasa awal “farsa politik” tersebut, yang jelas bagi tujuan propaganda. Manakala, yang benar-benar melaksanakan misi tersebut, hanyalah sebahagian yang masih merealisasikan hasrat “si dalang”.

 

Jadi siapakah dalangnya?

 

Pada tahun 2016, ada satu “NGO” dengan nama “Kalayaan Atin Ito” pernah menganjur satu aktiviti melibatkan 15 orang Filipina dan 1 warga Amerika Syarikat(AS) untuk mendirikan bendera Filipina di Pulau Huangyan, bagaimanapun ia berjaya dihalang oleh kapal pengawal pantai China.

 

Warga AS yang menyertai misi tersebut bernama Anders Corr, seorang penganalisis yang pernah berkhidmat dalam risikan dan operasi di Markas Pasifik Amerika Syarikat (USPACOM) dan Markas Operasi Istimewa AS di Pasifik (SOCPAC).

 

Tidak dinafikan arena politik dan aset tentera Filipina mempunyai hubungan yang rapat dengan AS berdasarkan lipatan sejarah negara itu, malah NGO di negara tersebut juga banyak didalangi AS.

 

Dikhuatiri keselamatan dan kedamaian khususnya rakyat di kawasan serantau akan terjejas disebabkan hubungan bilateral yang “aneh” tersebut.

 

Profesor Undang-undang Antarabangsa Britain, Anthony Carty yang telah melakukan banyak kajian terhadap dokumen yang tersimpan di Britain dan Perancis, telah menerbitkan buku “The History and Sovereignty of the South China Sea” bahawa China mempunyai kedaulatan terhadap pelbagai pulau di Laut China Selatan. Beliau juga amat bimbang terhadap niat AS yang cuba menghasutkan sekali gus menyebabkan pertikaian dan ketegangan di rantau ini, yang hanya bertujuan untuk menyekat pembangunan China, tiada apa jua kaitan dengan undang-undang antarabangsa.