China Sanggah AS Tahniah Pemimpin Baharu Taiwan

2024-05-22 12:16:48  CRI
Share with:

China mengemukakan bantahan keras kepada Amerika Syarikat (AS) susulan ucapan tahniah dizahirkan Setiausaha Negara Antony Blinken kepada pemimpin baharu Taiwan.

 

Jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin menyelar perbuatan AS itu melanggar secara serius prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS.

 

"Apa yang dilakukan AS jelas bertentangan dengan komitmen politik dibuatnya iaitu hanya mengekalkan hubungan tidak rasmi dengan Taiwan.

 

"Ia turut memberikan isyarat salah kepada mereka yang mengejar ‘kemerdekaan Taiwan’,” kata Wang.


Beliau mengulangi pendirian bahawa cubaan ‘kemerdekaan Taiwan’ menuju ke jalan buntu dan mereka yang bersekongkol dan menyokong aktiviti pemisah itu pasti akan gagal.

 

"Tiada campur tangan luar akan menghalang trend ke arah penyatuan semula China.

 

"Sebarang percubaan untuk mencabar prinsip satu China dan membahayakan kedaulatan negara dan integriti wilayah China akan menghadapi tindak balas tegas China,” ujar Wang.