Jualan Runcit Dalam Talian China Naik 11.5% Empat Bulan Pertama
Jualan runcit dalam talian di China bagi empat bulan pertama tahun ini naik 11.5 peratus tahun ke tahun, dengan mencatat RMB4.41 trilion (RM2.85 trilion).
Menurut seorang pegawai Bahagian E-dagang Kementerian Perdagangan China pada Selasa, jumlah jualan runcit dalam talian membabitkan produk fizikal naik 11.1 peratus tahun ke tahun, dengan mencecah RMB3.74 trilion (RM2.42 trilion), sekali gus menyumbang 23.9 peratus keseluruhan jualan runcit barang kepenggunaan.
Pada masa yang sama, nisbah eksport melalui e-dagang rentas sempadan dalam import-eksport perdagangan komoditi meningkat dengan stabil.
Menurut pegawai tersebut, peningkatan pesat dapat disaksikan dalam jualan produk digital, hijau dan kesihatan melalui e-niaga pada empat bulan pertama tahun ini, antaranya, jualan dalam talian peralatan komunikasi, barangan elektronik untuk kegunaan isi rumah yang bersifat mesra alam dan produk sukan dan hiburan masing-masing meningkat sebanyak 20.2 peratus, 15.5 peratus dan 21.6 peratus tahun ke tahun.
Dalam tempoh yang sama, kepenggunaan perkhidmatan utama di bawah pemantauan Kementerian Perdagangan dalam talian naik sebanyak 25.1 peratus tahun ke tahun, antaranya pelancongan dalam talian meningkat sebanyak 77.6 peratus.
Selain itu, kemajuan baharu juga dapat disaksikan sektor e-dagang dalam bidang kerjasama antarabangsa.
Kementerian Perdagangan China dan Kementerian Perdagangan Dalam dan Luar Negeri Serbia telah menandatangani memorandum persefahaman tentang pembentukan mekanisme kerjasama e-dagang baru-baru ini.
Setakat ini, China telah membentuk mekanisme kerjasama e-dagang dua hala dengan 31 negara. Pelbagai projek pilot berjalan lancar di Zon Kerjasama "E-dagang Jalan Sutera" Shanghai, sedangkan 36 daripada kesemua 38 projek pilot sudah dimulakan pelaksanaannya.