Tinjauan CGTN: 90.21 Peratus Responden Kecam Kenyataan Bahaya Pemimpin Taiwan

2024-05-22 21:59:34  CRI
Share with:

Kenyataan pemimpin wilayah Taiwan yang mengheboh-hebohkan ‘kemerdekaan Taiwan’ menarik perhatian tinggi masyarakat antarabangsa mutakhir ini.

 

Satu tinjauan pendapat umum yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) menunjukkan 89.95 peratus responden menyokong teguh prinsip satu China dan membantah keras cubaan ‘kemerdekaan Taiwan’.

 

Di samping itu, 86.53 peratus responden berpendapat walau apa jua perubahan situasi berlaku di pulau Taiwan, fakta sejarah dan undang-undang bahawa kedua-dua belah Selat Taiwan milik satu negara China tidak dapat diubah, dan landskap antarabangsa yang menjunjung prinsip satu China juga tidak dapat digoyangkan.
 

Hasil tinjauan turut menunjukkan 90.21 peratus responden mengecam keras kenyataan bahaya pemimpin wilayah Taiwan, dan berpendapat masa depan Taiwan perlu ditentukan bersama 1.4 bilion rakyat China termasuk saudara setanah air di Taiwan.

 

Selain itu, 94.78 peratus responden menganggap kedamaian dan kestabilan Selat Taiwan amat penting bagi keselamatan Asia Pasifik, malah global.

 

Sebanyak 79.12 peratus responden pula menentang keras penjualan senjata oleh AS kepada pihak berkuasa Taiwan.

 

Tinjauan pendapat yang dijalankan menerusi platform kendalian CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia itu menarik penyertaan 11,645 netizen dalam masa 24 jam.