Xi Buat Tinjauan di Bandar Rizhao

2024-05-23 16:09:42  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping membuat tinjauan di bandar Rizhao, provinsi Shandong pada petang Rabu.

Beliau melawat ke Pelabuhan Rizhao dan sebuah laluan hijau tepi pantai untuk melihat sendiri kemajuan dicapai bandar itu dalam usaha mempergiat pembinaan pelabuhan pintar dan mesra alam, memperluas keterbukaan, mengukuhkan perlindungan dan pemulihan ekologi garis pinggir laut serta menaik taraf kualiti kehidupan rakyat.