Arah Pembangunan Ekonomi China Betul, Kata Georgieva

2024-05-27 14:42:20  CRI
Share with:

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva menyifatkan tindakan China memperkasakan peruntukan dalam pembangunan ekonomi hijau dan ekonomi digital demi membina iklim persaingan yang adil kepada syarikat sebagai arah yang betul.


Beliau berkata demikian ketika menerima wawancara Kumpulan Media China (CMG) mutakhir ini.


Beliau berkata, dunia kini kekurangan momentum daya produktif dan kenaikan taraf hidup rakyat. 


"Bagaimana kita sekali lagi menyuntik kedinamikan ke dalam daya produktif? Kita perlu bersandarkan kepada sains dan teknologi dan peruntukan dalam pembangunan modal insan. 


"China mempunyai kelebihan dalam bidang-bidang tersebut," kata Georgieva.


Beliau berkata, China sebagai salah satu pengasas IMF, dari menimba pengalaman negara lain pada masa dahulu, kini telah menjadi teladan kepada negara lain. 


"Saya telah melawat ke banyak negara dan melihat model pembangunan China 'direplika' di negara-negara itu," katanya.


Ketika mengulas siri dasar yang diamalkan kerajaan China untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan keyakinan pelabur global, Georgieva berkata bahawa beliau percaya gabungan kekuatan pasaran dengan pengaturan sumber akan dapat meningkatkan produktiviti modal dan produktiviti kerja supaya merangsang pertumbuhan ekonomi. 

"China kini sedang beralih dari pembangunan pesat ke pembangunan bermutu tinggi. 


Saya dimaklumkan dari kumpulan pemimpin China bahawa negara ini berazam untuk memperkasakan pembaharuan dan ini sudah pasti akan membawa semula kemakmuran dan pembangunan kepada rakyat," kata Georgieva.