Xi Bakal Hadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Peringkat Menteri ke-10 CASCF
Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri majlis perasmian mesyuarat peringkat menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara-negara Arab (CASCF) dan menyampaikan ucaptama.
Demikian diumumkan Kementerian Luar China dalam sesi taklimat pada Isnin.
Menurut maklumat berkenaan, CASCF yang akan diadakan di Beijing pada 30 Mei itu akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan konsensus yang tercapai pemimpin, memperkasa kerjasama antara China dengan negara-negara Arab dalam pelbagai bidang, dan meneliti langkah terperinci mengenai mempercepatkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Arab. Sebahagian dokumen yang mencerminkan konsensus antara China dengan negara-negara Arab, beserta gerak kerja dan rancangan untuk kerjasama fasa seterusnya dijangka akan diumumkan dalam mesyuarat itu, yang juga akan menyaksikan kedua-dua pihak mengeluarkan suara lantang mengenai isu Palestin.
Dalam pada itu, Presiden Xi dijadualkan mengadakan aktiviti rasmi secara berasingan untuk Raja Bahrain, Ahmed bin Muhammad, rakan sejawatnya dari Mesir, Abdel Fattah al-Sissi, rakan sejawatnya dari Tunisia, Kais Saied, rakan sejawatnya dari Emiriah Arab Bersatu, Mohammed bin Zayed dan bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.