Li Qiang Hadiri Sidang Kemuncak Industri dan Perdagangan China, Jepun, dan Korea Selatan Ke-8
China bersedia berganding bahu dengan Korea Selatan dan Jepun memperdalam pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang, meningkatkan kebersamaan dalam menjaga kepentingan masing-masing, merancakkan pertukaran di kalangan rakyat, membina komuniti berkongsi nasib, serta memacu integrasi serantau supaya dapat mencipta situasi baharu yang damai, mantap, membangun dan makmur, yang dilihat bertepatan dengan visi Presiden China Xi Jinping mengenai dilpomasi kejiranan yang berbunyi "muhibah, tulus ikhlas, sama untung dan inklusif".
Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang ketika bersama dengan Presiden Korea Selatan, Yoon Seok-youl dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menghadiri Sidang Kemuncak Industri dan Perdagnangan China, Jepun, dan Kroea Selatan Ke-8 di Seoul pada Isnin.
Li menambah, golongan usahawan yang berperanan penting dalam mendorong pertukaran dan kerjasama China-Jepun-Korea Selatan dalam pelbagai bidang, terutamanya dalam bidang industri dan perdagangan, diharap memegang peluang yang wujud di sebalik globalisasi ekonomi, memperdalam kerjasama industri, serta meningkatkan kesalinghubungan dan kecekapan dalam pengagihan elemen pengeluaran, agar menyumbang kepada pemeliharaan kestabilan rantaian perindustrian dan rantaian pembekalan.
"Golongan usahawan juga diharap memperincikan penyelidikan dan memacu pembangunan bersama, serta menggalakkan kemajuan teknologi dan peningkatan daya saing industri di tengah-tengah situasi perkembangan revolusi teknologi dunia dan perubahan industri, agar menyumbang kepada usaha mendorong kerjasama inovatif. Sementara itu, mereka pula diharap memainkan peranan sebagai jambatan untuk menyokong interaksi di kalangan rakyat dan menggalakkan pertukaran sosiobudaya dengan memanfaatkan trend pembangunan tamadun umat manusia," ujar Li.
Hadir sama, seramai 240 wakil dari sektor industri dan perdagangan serta jabatan kerajaan dari ketiga-tiga negara tersebut.