Xinjiang Bersasar Terima Lebih Banyak Pelancong Tempatan dan Asing 2024

2024-05-28 14:50:54  CRI
Share with:

Persidangan Pembangunan Pelancongan Xinjiang 2024 dirasmikan di Turpan pada Isnin. 


Di persidangan tersebut, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China buat julung-julung kali mengedarkan “Rancangan Kerja Pelan Tindakan Khas bagi Mempromosikan Penggunaan Pelancongan Xinjiang”. 


Mengikut rancangan itu, kerajaan akan meningkatkan peruntukan dana dan sumber untuk mendorong pembangunan sektor pelancongan Xinjiang dari lima aspek iaitu sumber pelancong, destinasi, bekalan pruduk, perkhidmatan pengangkutan, serta publisiti dan promosi.


Persidangan ini disertai kira-kira 500 tetamu tempatan dan asing, termasuk diplomat asing di China, wakil agensi pelancongan dan sebagainya.

Persidangan Pembangunan Pelancongan Xinjiang telah diadakan sebanyak tiga kali sebelum ini dan masing-masing di Urumqi, Yining dan Kashgar.


Yang menarik perhatian adalah kesemua tenaga elektrik yang digunakan bagi persidangan edisi ini ialah tenaga hijau yang dijana kuasa angin atau fotovoltaik.