UNEP: Tabung Biodiversiti Kunming Signifikan

2024-05-29 14:29:19  CRI
Share with:

Negara-negara membangun akan mendapat bantuan dalam usaha melindungi kepelbagaian biologi melalui beroperasinya Tabung Biodiversiti Kunming.


Demikian dinyatakan Naib Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merangkap Pengarah Eksekutif Program Persekitaran Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP), Inger Andersen ketika diwawancara setelah menghadiri majlis penandatanganan Perjanjian Kerjasama Tabung Biodiversiti Kunming di Beijing pada Selasa.


Andersen berkata, China berperanan besar dalam usaha mencapai "Kerangka Biodiversiti Global Kunming-Montreal", dengan melengkapkan 23 matlamat tindakan. Beliau berharap agar pelbagai negara menyokong perlindungan kepelbagaian biologi menerusi tabung terbabit atau saluran yang lain.


"China banyak berpengalaman dalam perlindungan biodiversiti, dan diharapkan berkongsi pengalamannya dengan negara lain," kata Andersen lagi.


Untuk rekod, sebagai tuan rumah Persidangan Pemeterai Ke-15 Konvensyen Biodiversiti (COP15), China pernah mengumumkan sebahagian langkah pada tahun 2021 seperti memperuntukkan RMB1.5 bilion (RM970 juta) bagi menubuhkan Tabung Biodiversiti Kunming.