Xi Arahkan Program Kualitatif dalam Pengambilan Pekerja

2024-05-29 12:27:27  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menggesa usaha untuk melengkapkan program yang kualitatif dalam bidang pengambilan pekerja. 

Beliau membuat arahan itu semasa mempengerusikan satu sesi pembelajaran secara berkumpulan anjuran Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China pada Isnin. 


Xi berkata, pembangunan negara perlu dijalankan berteraskan kepentingan rakyat. 

Langkah-langkah perlu diambil untuk melengkapkan program kualitatif dalam pengambilan pekerja, dengan tujuannya menjadikan golongan pekerja semakin teruja dalam mengecapi rasa bahagia dan selamat, yang dilihat boleh menyumbang kepada modenisasi ala China dan pembangunan bangsa.