China Keluarkan Laporan Pencabulan Hak Asasi Manusia di AS 2023
Pejabat Penerangan Dewan Negara China hari ini mengeluarkan Laporan mengenai Pencabulan Hak Asasi Manusia di Amerika Syarikat(AS) 2023, yang berdasarkan fakta yang menyakinkan mendedahkan keadaan hak asasi manusia di AS yang semakin memburuk.
Laporan itu terdiri daripada 7 bahagian, iaitu "perkataan pendahuluan", "hak sivil dan politik ", "akibat buruk perkauman yang berleluasa", "ketidaksamarataan ekonomi dan sosial semakin menruncing", "golongan wanita dan kanak-kanak dihantui pencabulan yang berlanjutan", "keadaan tragis PATI (pendatang asing tanpa izin) yang mengejutkan", dan "krisis kemanusiaan akibat amalan hegemoni AS".
Laporan itu menyatakan bahawa situasi hak asasi manusia di AS terus memburuk pada tahun 2023, terbukti dengan pertarungan yang semakin sengit antara parti politik, ketidakcekapan dalam tadbir urus kerajaan, dan kecuaian dalam melindungi hak sivil dan politik warganegara. Insiden tembakan besar-besaran berlaku pada kekerapan yang tinggi, kira-kira 43,000 orang telah diragut nyawa akibat keganasan senjata api, purata 117 kematian setiap hari. Warga polis sudah biasa menyalahgunakan kuasa secara sewenang-wenangnya dalam penguatkuasaan undang-undang. Sekurang-kurangnya 1,247 orang maut dalam tindakan kekerasan anggota polis pada 2023, iaitu satu rekod baharu sejak 2013. AS yang mempunyai populasi kurang daripada 5% keseluruhan dunia, merekodkan 25% keseluruhan banduan di dunia, yang menjadikannya digelar sebagai "negara penjara" yang hebat. Kepercayaan rakyat AS terhadap kerajaan persekutuan hanya mencatat 16%, hasil pertarungan ganas yang sengit antara parti politik di dalam negerinya.
Diskriminasi kaum berleluasa di AS di sebalik sentimen perkauman yang tertanam secara mendalam di negara itu. Pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan bahawa amalan perkauman sistemik terhadap warga keturunan Afrika merebak dalam pasukan polis AS dan sistem kehakiman jenayah. Terkesan dalam diskriminasi kaum yang serius dalam bidang perkhidmatan perubatan, kadar kematian wanita keturunan Afrika yang hamil dan bersalin hampir tiga kali ganda berbanding wanita kulit putih. Hampir 60% orang keturunan Asia mengatakan mereka menghadapi diskriminasi kaum, dan "Pelan Tindakan China" yang menyasarkan saintis China melahirkan akibat buruk yang meluas.
Polarisasi antara golongan kaya dan miskin di AS telah meningkat. Jurang perbezaan dalam pengagihan sumber buruh dan modal dalam jangka masa yang panjang telah menyebabkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin mencapai paras yang paling tinggi sejak The Great Depression of 1929. Jumlah keluarga yang berpendapatan rendah di AS mencecah 11.5 juta, sedangkan gaji minimum setiap jam tidak pernah dinaikkan di peringkat persekutuan sejak 2009. Yang hidup tanpa tempat kediaman mencecah lebih 650,000 orang, iaitu satu rekod tertinggi dalam tempoh 16 tahun yang lalu.
Golongan wanita dan kanak-kanak di AS berada dalam keadaan dihantui pencabulan secara sistematik sejak sekian lama. Setakat ini Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Golongan Wanita masih belum diluluskan oleh AS, yang juga merupakan satu-satunya negara di PBB yang belum meratifikasi Konvensyen Hak Kanak-kanak. Pada April 2023, Senat AS menolak satu cadangan tentang pindaan perlembagaan mengenai perlindungan kesaksamaan jantina. Terdapat kira-kira 54,000 wanita di AS yang kehilangan pekerjaan setiap tahun akibat diskriminasi kehamilan. Lebih 2.2 juta wanita dalam usia mengandung kekurangan akses kepada rawatan dan jagaan obstetrik. Perintah mengharamkan atau menyekat pengguguran berkuatkuasa secara ketat di sekurang-kurangnya 21 negeri di AS. Jumlah kematian wanita hamil atau bersalin meningkat lebih satu kali ganda dalam tempoh 20 tahun yang lalu. Sebanyak 46 negeri didapati bercuai dalam melaporkan kira-kira 34,800 kes kehilangan kanak-kanak yang ditumpang makan.
AS sebagai satu negara yang pernah mendapat manfaat daripada pendatang asing dari segi sejarah dan realiti, mempunyai masalah serius pada aspek mengasingkan dan mendiskriminasi golongan pendatang asing. Daripada "Akta Pengecualian Cina" yang keji pada tahun 1882 hingga "Larangan Muslim" tahun 2017 yang dikutuk secara meluas oleh masyarakat antarabangsa, amalan pengecualian dan diskriminasi terhadap golongan pendatang boleh kelihatan tertanam secara mendalam dalam struktur sistem AS. Jabatan imigresen di negara itu yang sudah terjebak dalam perangkap kitaran ganas yang tidak dapat diselesaikan, selalu memburu dan menangkap PATI dan kanak-kanak terbabit secara besar-besaran, sehingga tercetus fenomena yang dahsyat seperti pemerdagangan manusia dan eksploitasi. Polarisasi politik dan sifat hipokrit amalan hak asasi manusia ala AS terdedah dalam modus operandi negara itu ketika menangani isu PATI.
AS yang selama ini mengejar hegemonisme, mengamalkan politik kuasa besar, dan menyalahgunakan kekerasan dan sekatan unilateral, tidak berhenti dalam menghantar pelbagai senjata seperti peluru berangkai ke negara lain, memburukkan ketegangan serantau dan konflik bersenjata serantau, mengakibatkan kamatian penduduk awam dalam bilangan besar dan krisis kemanusiaan yang serius. Siri operasi "ejen asing" yang dilancarkannya sewenang-wenangnya, berperanan menjejaskan kestabilan sosial dan melanggar hak asasi manusia di negara lain. Penjara Teluk Guantánamo kendalian AS masih belum ditutup sehingga kini.