Dekati Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Yizhuang

2024-05-30 14:36:31  CRI
Share with:

Minggu Sains dan Teknologi China akan diadakan di seluruh negara ini dari 25 Mei hingga 1 Jun.


Di Beijing, terdapat kawasan yang mempunyai daya hidup inovasi sains dan teknologi multi dimensi, iaitu Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Beijing, yang dikenali sebagai "Yizhuang" kerana ia terletak di pekan Yizhuang, daerah Daxing di tenggara bandar raya Beijing. 

Di Yizhuang, anda akan nampak China yang inovatif dan maju ke hadapan.


Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Beijing (Yizhuang) ialah satu-satunya zon pembangunan peringkat kebangsaan di Beijing.

Melalui pembangunan selama 28 tahun, Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Beijing (Yizhuang) kini terus mempercepatkan pembangunan kluster perindustrian.


Pada masa ini, empat utama menjadi keutamaan di Yizhuang iaitu teknologi maklumat generasi baharu, kereta mewah dan kenderaan tenaga baharu, bioteknologi dan kesihatan, robotik dan pembuatan peralatan.