AS Digesa Hormati Kedaulatan dan Kepentingan China

2024-05-31 14:48:49  CRI
Share with:

AS perlu mengambil tindakan praktikal untuk menunaikan komitmen oleh Presiden Joe Biden dan bersikap telus menghormati kedaulatan, keselamatan, pembangunan dan kepentingan China.


Naib Menteri Luar China, Ma Zhaoxu berkata demikian ketika mengadakan perbincangan dengan Timbalan Penasihat Keselamatan Nasional Amerika Syarikat (AS), Jon Finer berhubung hubungan China-AS serta isu antarabangsa dan serantau yang menarik perhatian bersama di Washington pada Khamis.


Dalam perbincangan itu, kedua-dua pihak bersepakat bahawa hendaklah bertindak pantas dan konsisten dalam melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara pada pertemuan di San Francisco tahun lalu, meningkatkan pertukaran peringkat tinggi dan komunikasi pada semua peringkat, memperkasakan kerjasama, dan mengawal perselisihan untuk menstabilkan dan mengeratkan hubungan bilateral.


Selain itu, Ma dalam perbincangan itu menekankan pendirian tegas China dalam isu Taiwan dan isu Laut China Selatan.


Pada hari yang sama, Ma juga bertemu dengan Penolong Presiden AS atas urusan keselamatan kebangsaan, Jake Sullivan untuk bertukar-tukar pendapat tentang isu penting dalam hubungan bilateral.