Makin Banyak Negara Sokong 'Enam Konsensus', Makin Cerah Prospek Perdamaian: Wang Yi

2024-06-05 12:48:20  CRI
Share with:

Dunia perlu mengeluarkan lebih banyak suara yang objektif, seimbang, membawa makna positif serta konstruktif dalam krisis Ukraine.


Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi dalam sidang media bersama rakan sejawatnya dari Turkiye, Hakan Fidan di Beijing pada Selasa.


Wang berkata China dan Brazil bersama-sama mengeluarkan 'enam konsensus' mengenai penyelesaian krisis Ukraine secara politik baru-baru ini.


Selain menegaskan prinsip-prinsip bagi meredakan ketegangan situasi, konsensus berkenaan juga menyeru semua pihak terlibat mengekalkan dialog dan rundingan, memperkasa bantuan kemanusiaan, menentang penggunaan senjata nuklear dan serangan menyasar loji kuasa nuklear, serta memelihara kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global.


Wang berkata 'enam konsensus' itu mendapat sambutan positif daripada 45 buah negara dari lima benua dalam masa hanya seminggu selepas dikeluarkan. 


Kebanyakan kandungan konsensus berkenaan juga mendapat pengiktirafan daripada Rusia dan Ukraine, sekali gus memperlihatkan ia selaras dengan hasrat bersama majoriti negara.


Tambah beliau, makin banyak negara menyokong 'enam konsensus', maka makin cerahnya prospek untuk mewujudkan perdamaian.