BRICS+ Bentuk Semula Ekosistem Ekonomi dan Politik Dunia

2024-06-11 14:18:17  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi yang kini berada di Nizhny Novgorod, Rusia bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar BRICS memuji keanggotaan baharu BRICS pada tahun ini yang telah membuka kerjasama era baharu “Global South” untuk bergabung dan berkembang secara berdikari.

 

Thailand telah menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memohon untuk menganggotai BRICS.

 

Menurut jurucakap, kerajaan Thailand menyatakan bahawa negara itu menyedari kepentingan multilateralisme serta peranan dimainkan negara-negara membangun yang dilihat semakin meningkat di arena antarabangsa. Keanggotaan Thaland dalam BRICS akan memberi banyak faedah kepada negaranya, termasuk bersama-sama mencipta tatatertib dunia yang baharu.

 

Thailand dan lebih 20 negara yang bekerjasama dengan BRICS akan dijemput menghadiri Sidang Kemuncak BRICS ke-16 yang bakal berlangsung pada Oktober nanti. Ini juga termasuk Indonesia dan Vietnam dari ASEAN.

 

Mendepani trend hegemoni dan anti-globalisasi, semakin banyak negara membangun dan pasaran baru muncul yang menyuarakan hasrat untuk menyertai mekanisme kerjasama BRICS selain ingin menganggotai BRICS. Ia susulan kebimbangan yang ditunjukkan mereka ke atas apa yang berlaku pada masa kini, selain keyakinan terhadap BRICS untuk membentuk mekanisme kerjasama multilateral yang terbuka dan inklusif.

 

Bagi negara yang membangun dan pasaran baru muncul, sasaran utama mereka adalah pembangunan ekonomi. Ini bergantung kepada pasaran yang luas, rantaian bekalan yang lancar dan situasi global yang stabil.

 

Bagaimanapun, apa yang dikatakan sebagai “tatatertib berasaskan peraturan” yang kini dikawal oleh Barat, jelas menjejaskan keseimbangan dalam pasaran dan rantaian bekalan antarabangsa selain keamanan global. Manakala BRICS menjadi satu platform yang berusaha mengawal keseimbangan tersebut.

 

BRICS dan rakan kerjasama bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara antarabangsa termasuk Barat, dalam usaha untuk mewujudkan pembangunan bersama yang saling menguntungkan. Namun, jika ditolak oleh Barat, BRICS masih mampu untuk membentuk ekosistem seimbang secara berdikari.

 

Populasi 10 negara anggota BRICS kini mewakili 46% daripada jumlah di seluruh dunia, jika dikira dari sudut perbelanjaan, GDP 10 negara anggota BRICS merekodkan USD63.2 trilion, jauh lebih tinggi dari negara G7.

 

Bukan itu sahaja, BRICS juga mengawal 43.1% pengeluaran minyak, 35% pengeluaran gas asli, 42% gandum, 52% beras dan 46% kacang soya di dunia, malah memainkan peranan penting bagi keselamatan tenaga dan bahan makanan global.

 

Nilai industri pembuatan BRICS juga menduduki 40% daripada jumlah di seluruh dunia. Kini BRICS sedang menggalakkan transaksi perdagangan tanpa melibatkankan mata wang USD.

 

Semua ini menjadi daya tarikan yang unik di bawah BRICS, dan mekanisme kerjasama BRICS+ sedang membentuk satu ekosistem ekonomi dan politik yang tidak melibatkan Barat.

 

Bekerjasama atau menentang, pilihannya terserah kepada Barat.