Bersama Sarah Lande Raikan Pesta Duanwu

2024-06-12 11:59:19  CRI
Share with:

Wakil Kumpulan Media China (CMG) dan Konsulat Jeneral China di Chicago menziarahi seorang kenalan lama, Sarah Lande di Muscatine, negeri Iowa Amerika Syarikat (AS) dan bersama-sama meraikan Pesta Perahu Naga atau Duanwu, pada Isnin.

 Lande menjemput rakan-rakan dari China dan AS untuk menyambut perayaan itu, merasai kelazatan makanan China dan mendalami budaya tradisi negara Tembok Besar.

 

Presiden CMG Shen Haixiong menerusi sepucuk surat menzahirkan rasa terima kasih kepada Lande sambil menyatakan CMG bersedia bekerjasama dengan Lande dan rakan AS yang lain untuk membantu menggalakkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

Lande melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada CMG kerana menganjurkan aktiviti seumpama yang membolehkan beliau berpeluang menyambut Pesta Duanwu bersama ramai sahabat China.

 

Beliau menyifatkan aktiviti berkenaan sebagai contoh baik dialog sesama tamadun China dan AS, dan berharap persahabatan antara kedua-dua negara dapat kekal selama-lamanya.