China Bersedia Kongsi Teknologi EV dengan Rakan Kerjasama

2024-06-13 15:02:50  CRI
Share with:

Selepas Amerika Syarikat(AS) yang mengenakan tarif tambahan sebanyak 100% ke atas Kenderaan Elektrik (EV) China, Kesatuan Eropah(EU) turut mengikut jejak langkah AS itu. Semalam EU mengumumkan tarif tambahan sebanyak 17.4% ke atas EV BYD, 20% bagi EV GEELY, 38.1% bagi EV SAIC dan 21% bagi jenama EV China yang lain. Namun setakat ini tarif tambahan ke atas Tesla buatan China masih belum ditentukan.

 

Susulan itu, pelbagai jenama kenderaan terkenal EU tampil dengan respons masing-masing.

 

Pengerusi Lembaga BMW, Oliver Zipse secara terang-terangan menyifatkan keputusan EU tersebut sebagai salah dan khuatir keputusan itu akan mengganggu perkembangan industri kenderaan Eropah dan menjejaskan kepentingan Eropah.

 

Menurut beliau, perlindungan perdagangan seperti ini akan mengundang padah dan risiko. Bagi BMW, tindakan perlindungan perdagangan seperti meningkatkan tarif tambahan tidak membantu meningkatkan daya saing. Pihaknya komited terus kukuh menyokong perdagangan bebas.

 

Manakala Volkswagen menyatakan tarif tambahan tidak membantu meningkatkan daya saing industri kenderaan di Eropah dalam jangka masa panjang. Keputusan EU adalah kurang sesuai dan akan membawa lebih banyak impak negatif dan bukannya faedah kepada industri di Eropah, khususnya Jerman.

 

Bagi Mercedes-Benz pula, pihaknya sentiasa menyokong perdagangan bebas berpandukan kepada peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), iaitu semua pihak mempunyai kedudukan pasaran yang sama rata. Mercedes-Benz melihat peningkatan perlindungan seperti ini akan membawa pengaruh negatif kepada pelbagai pihak.

 

Persoalannya, wajarkah perlaksanaan tarif tambahan yang dikatakan sebagai “tindakan perlindungan” sekiranya dibantah keras oleh pihak yang berkaitan? Jelas, keputusan EU hanya berpandukan kepada telunjuk AS semata-mata.

 

Pemangku Pengarah Program Asia Timur Institut Quincy, Jake Werner baru-baru ini dalam satu dialog kumpulan pemikir berkata, kaedah yang lebih baik bagi AS bukan meningkatkan tarif tambahan ke atas EV China, sebaliknya menarik minat syarikat EV China untuk membina kilang di AS, dan kemudian mencuri hak cipta pihak China.

 

Bagi Satria pula, AS tidak perlu mencuri hak cipta, kerana China bersedia untuk berkongsi teknologi dengan rakan kerjasama dalam rangkaian perdagangan bebas. Ini juga dilihat dalam kerjasama antara Geely China dengan Proton Malaysia.

 

Bukan hanya membantu Proton mengeluarkan EV, Geely juga mengundang pekerja-pekerja Proton datang ke China untuk menerima Pendidkan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) supaya mereka mahir mengendalikan teknologi baharu. Malah pusat R&D Proton kini menjadi pangkalan penting bagi Geely di Asia Tenggara untuk terus mengeluarkan EV baharu.

 

Faktanya, pelbagai syarikat kenderaan Eropah bakal terus mendapat faedah besar dari pasaran China dalam puluhan tahun kedepan, melalui kerjasama dengan syarikat China dalam pasaran EV.

 

Dalam Pameran Auto China 2024, BMW buat kali pertama memasarkan MINI COOPER EV. Ini merupakan hasil kerjasama dengan syarikat kenderaan China, Great Wall Motor.

 

BMW dan Mercedes-Benz bekerjasama untuk menempatkan 1000 pusat pengecasan EV di seluruh negara China.

 

Bukan itu sahaja, Volkswagen juga bekerjasama dengan Xpeng untuk mengeluarkan EV baharu.