Malaysia Adalah Sahabat Pada Pandangan Rakyat China

2024-06-19 15:30:53  CRI
Share with:

Semalam seorang pegawai diplomatik Kedutaan Besar Malaysia ke China tanya Satria bagaimana pandangan atau apakah sikap rakyat China terhadap Malaysia.

 

Saya rasa ucapan bertulis Perdana Menteri China, Li Qiang di lapangan terbang Kuala Lumpur semalam telah memberi jawaban yang jelas, iaitu rakyat kedua-dua negara dapat membina bersama komuniti berkongsi nasib. Hal ini juga dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping ketika bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

Pada pandangan saya, Malaysia antara negara Asia Tenggara yang bersikap paling mesra terhadap China. Dari segi sejarah, Melaka masih segar dalam ingatan rakyat China berikutan pelayaran Laksamana Cheng Ho ke Asia Tenggara, Asia Selatan hingga Afrika Timur pada zaman Dinasti Ming (1368-1644). Ketika China baru mengamalkan dasar pintu terbuka, Malaysia menjadi antara contoh baik yang dibelajari oleh China. Pelaburan dari Malaysia pula merupakan dana yang paling awal bagi pembangunan China.

 

Malaysia, Singapura dan Thailand merupakan destinasi pilihan pertama untuk pelancong China ke seberang laut pada awal tahun 1990an dan kekal hangat hingga masa kini. Dasar pengecualian visa antara China dengan ketiga-tiga negara terbabit yang dilaksanakan pada tahun ini memudahkan lagi perjalanan pengembara kedua-dua pihak.

 

Ramai seleberiti Malaysia juga digemari oleh penduduk China. Dulu mungkin kebanyakan mereka adalah pelakon dan penyanyi berbangsa Cina, tapi sekarang semakin ramai penyanyi berbangsa Melayu dan India juga mempunyai cukup ramai penggemar di negara ini, contohnya Shila Amzah dan Jeryl Lee Pei Ling.

 

Kini semakin ramai ibu bapa China memilih menghantar anak mereka menyambung pelajaran di Malaysia. Ini disebabkan kualiti pendidikan di Malaysia yang semakin meningkat dan juga mesyarakat tempatan yang mesra bagi rakyat China.

 

Pada masa ini, pandangan mengenai tata tertib antarabangsa yang dibentangkan oleh PM Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mirip dengan pendirian China. Pada masa yang sama, PM juga banyak kali memelihara hubungan bilateral yang rapat ketika menghadapi tekanan Barat. Semua ini menjadi tular di media sosial China dan secara tidak langsung memperkukuh status Malaysia sebagai sahabat pada pandangan rakyat China.

 

Selain bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengunjungi Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri China Li Qiang juga akan merasmikan projek pembinaan stesen Gombak untuk Projek Laluan Rel Pantai Timur(ECRL) hari ini.

 

Bagi Satria, projek mega ECRL justeru contoh terbaik yang mencerminkan hubungan bilateral muhibah dan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara.

 

Satria berpeluang menyaksikan pemimpin kedua-dua negara merasmikan taman perindustrian China-Malaysia di Qinzhou. Ini merupakan penerokaan sejenis modal kerjasama baharu antara kedua-dua negara. Dari titik permulaan ini, kedua-dua negara beransur-ansur menggalakkan penubuhan taman perindustrian kembar di Kuantan dan pembentukan kerjasama di pelabuhan Kuantan, seterusnya pembinaan projek ECRL yang bukan saja akan memacu pembangunan di pantai timur Semenanjung, tetapi juga dapat mengurangkan jurang pembangunan dengan rel yang menyambungkan pantai timur dengan pantai barat.

 

Pembangunan bermula dari satu, dua titik, seterusnya titik tersebut disambungkan menjadi satu garis, dan kemudiannya garis ini turut akan membawa pengaruh kepada kawasan yang luas di sekitarnya.

 

Itulah pengalaman pembangunan China yang bersedia berkongsi dengan sahabat Malaysia.

 

Proses perkembangan projek ECRL dapat disifatkan sebagai proses dua sahabat bersama-sama menangani pelbagai masalah menerusi perbincangan. Disebabkan peralihan kuasa yang berlaku di Malaysia, projek ini pernah tergantung, dan pihak China menghormati keputusan tersebut, bahkan permohonan untuk mengubah kaedah bayaran pula tidak menjadi masalah. Memandangkan suara mengenai rel yang melalui Bukit Tabur akan menjejaskan khazanah alam semula jadi rabung kuarza tulen, kedua-dua negara mengadakan perbincangan untuk mengubahsuaikan laluan tersebut berikutan China mengutamakan perlindungan alam semula jadi dalam pembinaan pelbagai projek mega. Bagi landasan kereta api Mombasa–Nairobi pula, China khusus mereka bentuk laluan mesra alam untuk zirafah dan pelbagai jenis haiwan liar.

 

Amat gembira melihat pembinaan projek ECRL akhirnya berkembang dengan lancar dan bakal siap dibina pada tahun 2026. Meskipun pembinaan projek ini pernah mengalami gangguan, tapi ia juga membuktikan persabahatan kita mampu menghadapi cabaran dan terus dinaiktarakkan. Kami yakin ia akan membantu pembangunan ekonomi tempatan dan juga membawa faedah yang benar-benar kepada penduduk tempatan.