Filipina Janganlah Berlakon Lagi

2024-06-21 15:27:04  CRI
Share with:

Dilaporkan dalam konflik antara China dengan Filipina dekat Terumbu Ren’ai (Second Thomas Shoal), seorang askar Filipina cedera, bot dirosakkan dan dirampas oleh Pengawal Pantai China, sekaligus misi penghantaran bekalan kepada kapal pendarat yang sudah “terkandas” selama 25 tahun, gagal.

 

Filipina yang ‘berlakon’ sebagai mangsa dalam situasi tersebut mendakwa mengenai “tindakan agresif” pihak China di arena antarabangsa. Hakikatnya, apa yang berlaku ialah konflik kali ini sebenarnya melibatkan askar pasukan khas dan barangan yang dirampas oleh Pengawal Pantai China termasuk 7 laras senapang. Manakalah jari askar Filipina pula, bukanlah dicederakan oleh pihak China, sebaliknya cedera ekoran perlanggaran bot kedua-dua pihak.

 

Yang pasti, dalam konflik tersebut, Pengawal Pantai China langsung tiada senjata api berhadapan pasukan khas Filipina yang membawa senapang. Jadi, Filipina berhentilah berlakon!

 

Lebih memalukan, mengetahui yang mereka akan berdepan kegagalan, Filipina berpura-pura menuntut China untuk kembali ke meja rundingan. Bagaimanapun China sudah cukup sabar selama ini, dalam usaha untuk menjayakan rundingan selama 25 tahun. Setelah BRP Sierra Madre “terkandas” pada 25 tahun yang lalu, China sentiasa berusaha untuk berunding dengan Filipina bagi menyelesaikan masalah tersebut. Bahkan bagi memastikan kejayaan rundingan tersebut, China pernah bersetuju untuk mengizinkan penghantaran bekalan barangan kepada anak kapal yang berada di kapal pendarat tersebut.

 

Tidak dinafikan, rundingan biasanya akan memakan masa yang lama, namun tempoh 25 tahun ini adalah terlalu panjang. Anak kapal Filipina masih boleh bertahan tanpa bekala kali ini, namun ekologi laut di sekitar Terumbu Ren’ai tidak boleh bertahan lagi.

 

Ini kerana, pelbagai sisa buangan kotor dari BRP Sierra Madre disalurkan ke laut secara langsung dalam tempoh 25 tahun ini. Malah banyak elemen beracun ekoran penghakisan badan kapal akibat disebabkan oleh air laut. Bukan itu sahaja, bahan binaan yang dihantar secara sembunyi bagi membaik pulih badan kapal, secara tidak langsung telah merosakkan terumbu-terumbu karang di sekitar kawasan tersebut. Sampah-sampah yang dibuang juga terlalu banyak dan berulang kali terpaksa dibersihkan oleh Pengawal Pantai China.

 

Yang perlu kembali ke meja rundingan adalah Filipina. Justeru, Satria menggesa negara tersebut untuk memahami situasi sebenar. Malah penyelidikan yang dilakukan Universiti Cambridge juga menunjukkan yang Amerika Syarikat tidak mungkin menyokong tindakan Filipina di Laut China Selatan. Ini kerana Perjanjian Pertahanan Bersama AS-Filipina termeterai pada 1951, dan pada waktu itu Filipina belum mengeluarkan apa-apa tuntutan terhadap pulau-pulau di Laut China Selatan.